Monday, June 29, 2009

Solat Jumaat

Assalamualaikum wbt..
Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga sekalian,

Kadang-kadang kita berasa letih pada hari Jumaat. Maklumlah, hari Jumaat adalah hari terakhir dalam minggu persekolahan..Kadang-kadang terkena pula hari Jumaat itu, banyak pula aktiviti pembelajaran di dalam kelas, kan?
Haa, bagi Kaum Adam pula, ada segelintir daripada mereka yang terasa malas untuk mendirikan Solat Jumaat. Pernahkah adik-adik pelajar Tingkatan Tiga marasai sedemikian rupa? Kalau ada, cepat-cepatlah beristighfar...

InsyaAllah di sini ustazah sebutkan 7 kepentingan Solat Jumaat dalam Pembangunan Umat. Ada 7 si disini. Sama dengan warna pelangi, ada 7. sama dengan lapisan langit, dan sama dengan lapisan syurga dan neraka. Dan sama dengan bilangan hari dalam seminggu, ada Tujuh. okey, Jom kita tengok..

1) Solat Jumaat mendidik umat supaya mencintai masjid dan mendekatinya selalu.
Sebab apa? sebab solat jumaat kan dilakukan di masjid.. Jadi setiap hari Jumaat umat Islam akan rasa rindu nak pergi masjid dan beribadah di dalamnya. Masjid kan rumah Allah..=)

2) Solat Jumaat dapat membanteras gejala sosial dalam masyarakat.
Iyala, ada juga remaja yang tidak pergi solat Jumaat tu, diorang duk berkumpul dan melepak pada waktu petang, atau berlumba motor dan menjadi samseng jalanan. Jadi apabila mereka menunaikan solat jumaat, dapatlah mengelakkan gejala sosial ini..

3) Solat Jumaat dapat membentuk umat berakhlak mulia dan berdisiplin
Apabila masuk waktu solat mereka akan segera menunaikan solat dan ke masjid yang berdekatan. Pelajar yang berada di sekolah pun akan menjadi lebih bersidiplin dan menepati waktu..

4) Para Jemaah mendapat teguran dan nasihat
Ini berlaku apabila mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib selepas solat Jumaat..iye

5) Saluran informasi terkini
Ini juga disampaikan oleh khatib. Di samping itu, umat islam akan berbincang isu semasa apabila berjumpa selepas solat Jumaat.

6) Mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.
Yang ni macamana pula? Ya, selepas solat Jumaat, mereka akan bersalaman dan bertanya khabar. jadi, silaturahim antara umat Islam akan semakin kuat.

7)Mempertingkat kebersihan dan gaya hidup sihat
Setiap hari Jumaat, kaum lelaki digalakkan mandi sunat dan memakai wangi-wangian sebelum ke masjid. mereka juga kelihatan segak berbaju Melayu dan menutup aurat..=)

Alhamdulillah, adik-adik pelajar telah jelas tentang kepentingan Solat Jumaat dalam membangunkan umat Islam, kan?

Kalau begitu baguslah.

selamat menunaikan solat Jumaat!!

Monday, June 15, 2009

Kalau Korang Nak..

Ni ada sedikit slide pengajaran dan kuiz Pendidikan Islam Tingkatan 4. Copy dengan kawan hari tu.. tapi tak pasti la pulak dia ambil kat mana.



Kalau nak, cuba

Klik pada link ini:
SLIDE dan KUIZ PI TINGAKATAN 4

Hazzun Saied!!

Wallahua'alam.

Saturday, June 13, 2009

Salam dari Tasek Permai

Salam Semanis Madu...

Alhamdulillah, setelah 3 minggu menjalani praktikal di Ampang, sekarang cuti sekolah telah tamat. Isnin ni semua guru dan pelajar akan kembali ke kelas dan meja masing-masing.

Buka sekolah ni penyerahan markah pelajar akan bermula. Moga semuanya dibereskan dengan sempurna.





Sepanjang cuti sekolah, pelbagai pengalaman dan kesah menarik dikongsi bersama dengan guru-guru, rakan seperjuangan sekalian.

Kunci yang terpenting bagi kita semua , ialah:

Kasih Sayang Kerana Allah yang kita berikan kepada anak-anak didik dan guru-guru rakan sekerja.

Islam agama yang mengutamakan kasih sayang,
Tuhan memulakan kasih sayang itu,
Kepada hamba-hamba-Nya tidak kira Islam mahupun kafir,
Baik mahupun derhaka,

Buktinya,
Hamba-Nya tak meminta itu pun diberi-Nya,
Betapa lagilah yang meminta,
Sebagai buktinya,
Kita hidup tidak memintanya,
Udara diberi kita tidak memintanya.
Bumi tempat kita berpijak, kita tidak memintanya.
Bulan, bintang, matahari yang sangat berguna,kita tidak memintanya.
Itu yang bersifat lahir yang sangat nyata,
Yang bersifat batin yang tidak ketara,
Kalau kita membuat baik diberi pahala,
Kalau kita terbuat salah, kita minta ampun,
Diampunkan-Nya.

Yang kita tidak ceritakan kiaskan saja,
Begitulah Tuhan meminta terutama kita manusia
Berkasih sayang sesama, yang susah dibela,
Yang senang membela,
Yang salah meminta maaf,
Itu kasih sayang namanya,

Yang tak bersalah memberi maaf,
Siapa tidak gembira,
Yang berkuasa, berlaku adil dan saksama,
Yang kaya, tidak sombong dan merendah diri
Kepada manusia, kan orang suka?
Yang pandai tawadhuk tidak sombong kepada manusia,
Bukankah orang suka?
Yang senang kita tidak hasad dengki dengannya,
Bahkan turut sama gembira,
Itulah kasih sayang namanya

Yang berharta, pemurah, siapa tak suka?
Orang tidak mengata kita,
Kita tidak mengata orang,
Itulah kasih sayang namanya,
Orang dapat susah, kita rasa sedih bersamanya,
Kita dapat kesusahan, orang ikut simpati dengan kita,
Itukan kasih sayang namanya,
Bertolong bantu sesama manusia,
Itu kasih sayang namanya,
Bertolak ansur dalam pergaulan, berlapang dada dalam kehidupan,
Itu termasuk kasih sayang juga,

Maka sudah terang lagi bersuluh, Islam itu agama kasih sayang,
Tuhan yang memujuk dan memberi kasih sayang kepada hamba-Nya,
Sekalipun hamba-Nya derhaka,
Cuma diakhirat dibalas-Nya,
Kemudian dianjurkan kasih sayang itu kepada manusia,
Memang tidak ada manusia yang tak suka,
Kasih sayang adalah salah satu kebahagian manusia,
Siapa yang tak dapat kasih sayang,
Jiwanya derita,
Kalau orang yang memperjuangkan Islam tidak berkasih sayang,
Bukanlah Islam sebenarnya,
Islam menganjurkan kalau orang kafir pun disuruh kasih sayang,
Kejahatan mereka didoakan,
Betapalah kepada Umat Islam,
Kasih sayang mesti ketara,
Barulah manusia didunia ini boleh bersatu padu dan bekerja sama dengan ikhlasnya,
Kalau tidak manusia berbuat juga tetapi pura-pura,
Perjuangkanlah Islam yang berkasih sayang, Tuhan sangat suka.
Sebab itu Tuhan memulakannya.

Adapted from: barokah.wordpress.com


Allah mencipta 100 perasaan sayang, diturunkan 1 daripadanya. Maka berkasih sayanglah makhluknya antara sesama mereka, kasihnya ibu kepada anaknya, kasih guru kepada pelajarnya, kasih sahabat kepada rakannya, kasih binatang sesama mereka. Namun 99 lagi sayang itu disimpan, untuk diturunkan kepada hambanya di akhirat kelak. Sungguh Maha Pengasih ALLAH swt.

- INDAHNYA ISLAM -