Sunday, June 13, 2010

LAYAKKAH AKU BERGELAR PEJUANG??

Buat renungan diri ini dan bersama

katanya kau seorang pejuang

tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang

tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang

tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang

kau masih layan tv, movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang

cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang

kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1 juz sehari

katanya kau seorang pejuang

kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang

kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang

tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang

kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang

kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang

mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang

ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang

kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang

berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang

kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang

kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang

tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang

tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang

hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang

kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang

kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang

kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang

kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang

kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang pejuang

kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang

kau masih berpakaian tidak senonoh

katanya kau seorang pejuang

namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang

namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

katanya kau seorang pejuang

kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang

kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang

kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang

hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang pejuang

kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang

kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang

kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang

kau masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang....


~kini baru ku tahu, aku masih belum layak untuk bergelar pejuang.. bersama mengislah diri, membentuk peribadi.. wallahua'lam..


Moge sesi kepimpinan akan datang lebih cemerlang demi menjulang kalimah Allah.. takbir!

Wednesday, June 9, 2010

Sukarnya mendapatkan cinta sejati

Demi Allah yang Maha Esa..
Tak disediakan jalan mudah menuju cintaNYA.
Cuma terkadang iman yang disangka bertapak kukoh di jiwa hakikatnya masih disaluti dengan dosa-dosa yang dianggap kecil oleh nafsu....
Tertipulah diri andai tiada hidayah dan kasih sayang Tuhan pada diri yang semakin jauh dariNYA..

Ya Allah..
rezekikan aku cintaMU dan cinta pada amalan yang mendekatkan aku padaMU...
Moga terus kekal pada jalan dakwahMU ini..
Moga iman yang disemai bisa mendatangkan rahmat dan sakinah agar damai hadir pada setiap tindakan demi secebis redhoMU...

Koreksi Pejuang

Memang indah tika kita bisa menutur kalimah perjuangan tanpa melalui likunya. Lihat saja janji Allah, tiap putaran ligat fikiran, tiap rembesan titisan air mata, tiap langkah yang diatur, tiap mata yang berjaga dan tiap detik nafas dakwah yang berhembus pasti ada habuannya. Cuma jangan pernah impikan habuan dunia ; harta, sanjungan pangkat dan kekayaan. Hanya dua pilihan si pejuang ; hidup mulia atau mati syahid.."

Tuesday, June 8, 2010

Apalah...

Apalah erti hidup ini andai tujuan dan matlamatnya bukan mencari redha Allah..carilah redha Allah walaupun dengan kebencian manusia tetapi jangan sesekali mencari redha manusia dengan kebencian dan kemurkaan Allah…
Apalah ertinya kekayaan andai tidak mendapat ketenangan jiwa..hadirnya ketenangan dan kebahagiaan itu adalah dengan redha terhadap apa yang Allah takdirkan untuk kita..banyakkan sabar mengharungi hidup..sabar itu memang mudah disebut tetapi amat payah untuk dilakukan..berbahagialah orang yang mampu sabar,kerana sabar itu adalah suatu kemanisan yang hanya akan dirasai oleh mereka yang bersabar..