Tuesday, November 17, 2009
Monday, November 16, 2009
Perjuangan Salahuddin Al-Ayubi
Friday, November 13, 2009
Hey, Aku Pun Wanita Solehah, InsyaAllah..
Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman , Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu. Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Thursday, November 12, 2009
'PRIVATE' kan gambar dalam Facebook
Saya ada cadangan untuk hal itu.. Yela, Kadang2 nak jugak letak gambar kita kan.. Cam kawan2 yang lain.. Best je.. Boleh tahu aktiviti kawan2 lama kita… K, jom cuba cara ni..
Melalui facebook, kita boleh buat album kita jadi private..
1. Mula2, listkan / labelkan kawan2 muslimin kita.
1.1 Caranya, kat menu atas tu klik ‘Friends’. All friends.
1.2 Di sebelah kiri, dekat Lists, klik Friends.
1.3Create new list, namakan folder itu, dekat yg bertulis ‘Enter a name’ cth: LELAKI
1.4 Klik semua nama lelaki yang terpapar di situ. Dan Next > > sehingga terakhir.
1.5 Klik Create List
2. tHeN, Utk masukkan gambar.., DAN hadkan viewer
2.1 Pilih menu Profile
2.2 Photos
2.3 Create a Photo Album
2.4 Isilah maklumat yang berkenaan. Tp di ruangan Privacy, Pilih Customize.
2.5 Pilih Only Friends.
2.6 Kat ruang Except this people, taip list yang kita buat tadi : LELAKI
2.7 Okay
2.8 Create Album
3. Pastu, anda dah boleh Upload gambar anda cam biaser…
3.1 Try The Simply Uploader
3.2 Save Change
3.3 Kl dia Tanya .. These are photos that still not been published, do you want to publish?.. Skip je.
3.4 Dan jangan sekali2 klik untuk Share this album with friends, even if they're not on Facebook
** 3.5. Peringatan: Then, setiap kali ada friends di kalangan lelaki yang add. Masukkan di add list: LELAKI (atau pape nama yg anda buat td), sebelum anda klik Confirm.
Wanita itu mutiara, letaknya di bawah lapisan si tiram, tertanamnya jauh di dasar laut yang dalam..
Mari kita gunakan facebook ini untuk mencari redha Allah semata2…
*****
Kl sape2 ada cara yg lebih mudah, kongsilah.. Yg ni jer yang saya jumpe. .
Tenkiu, Wassalam.
Wednesday, November 11, 2009
Kalam Roh
* * * * * * *
Dan inilah yang akak tu cerita dalam musolla tu...
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Friday, November 6, 2009
Cerita Alam Barzakh: "Kerana Sehelai Bulu Mata"
Monday, November 2, 2009
Nyamuk=Perang Yarmuk??
September 16, 2005
Filed under: Tarikh Islam
B Harian, 13 Julai 2005
KEHEBATAN tentera Islam pada zaman Rasulullah dicatatkan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam.
Peperangan itu membuktikan jumlah tentera yang ramai bukan senjata terkuat bagi mengalahkan musuh. Peperangan itu membuktikan keazaman, ketaqwaan dan semangat jitu untuk mempertahankan agama Allah menjadi penentu segala-galanya.
Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentera Rom kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang.
Panglima Islam terbilang, Khalid Al Walid dan Abu `Ubaidah memimpin pasukan Islam. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam.
Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.
Di sebalik kemenangan itu, turut tercatat bagaimana Islam begitu menghormati hak musuh. Mereka yang ditawan tidak dilayan seperti musuh atau hamba, sebaliknya hak mereka tidak dicabul.
Pekerti yang ditunjukkan pemimpin dan pengikut Islam itu membuatkan musuh yang menentang Islam menerima agama Allah ini dengan hati reda. Islam jelasnya adalah agama keamanan.
Kisah itu dicatat dalam peristiwa seorang panglima Rom bernama George mendapat petunjuk kepada agama Islam.
Dalam peperangan Yarmuk, George dikisahkan memanggil Khalid Al-Walid. Kedua-dua panglima itu saling mara hingga kepala kuda mereka bersentuhan.
George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta.
“Jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”
Khalid menjawab: “Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan.”
George berkata: “Apakah Allah menurunkan kepada Rasulnya, Muhammad SAW satu pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu hingga jika kamu gunakan pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”
Jawab Khalid: “Tidak!”
George bertanya lagi: “Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?”
Khalid menjawab: “Ketika Allah mengutus Nabi Muhammad, seluruh kaumnya sangat memusuhinya, termasuk aku. Aku adalah orang yang paling membencinya.
“Selepas Allah memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah menerimaku dan memberi gelaran kepadaku `Saifullah’ (pedang Allah).”
George bertanya lagi: “Jadi apa tujuan kamu berperang?”
Jelas Khalid: “Kami ingin mengajak kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah.
“Kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar.”
George kemudian mengemukakan soalan kepada Khalid: “Apakah hukumannya apabila orang itu tidak mahu menerimanya?”
Balas Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”
George berkata: “Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?”
“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid.
George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”
Khalid menjawab: “Di hadapan Allah, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dulu atau yang kemudian masuk Islam.”
George bertanya lagi: “Apakah orang dulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru memeluk Islam?”
Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu kerana kami yang terlebih dulu masuk Islam, menerima Islam ketika Rasulullah masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada Baginda.
“Sedangkan, orang yang masuk Islam kemudian, tidak menyaksikan apa-apa yang kami saksikan.
“Oleh itu, sesiapa saja yang memeluk Islam yang datang terakhir, maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dulu.”
George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”
“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.
George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu. Mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku mengenai Islam.”
Lalu Khalid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.
Ketika Khalid dan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.
Selepas selesai mengerjakan solat, Khalid, George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sampai matahari terbenam. Pada saat itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zuhur dan Asar dengan isyarat saja.
Dalam pertempuran itu, George yang bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh.
Allahu a’lam bisshawab.