Friday, March 20, 2009

Perlu ke berada dalam satu Jemaah Islam??

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah..

"Islam Tidak Perlukan Kita, Tetapi Kita Yang Perlukan Islam."

Itu satu klausa yang saya tulis dalam buku catatan tazkirah semasa di SMAASZA dulu. Mase tu, pandai tulis sahaja, xfaham maksud sebenarnya dia. Alhamdulillah, siri demi siri kuliah dan program dihadiri, kini ku mengerti maksud ungkapan itu..

Jemaah tu dari segi bahasa asal dari ja-ma-a'a- jamaah, yang beerti satu kumpulan, satu kelompok, satu masyarakat. Dalam Bahasa Arab, kalau 1 dipanggil Mufrad. Kalau Dua Musanna. Kalau 3 atau lebih daripada 3 kita panggil Jama'. Jadi ijtihadnya di sini, dalam satu jemaah tu, sekurang-kurangnya kita berada bersama 3 orang ahli/kawan kita yang Islam.



Kenapa penting bersama kawan-kawan yang Islam??

Sungguh, Islam itu sejahtera, selamat.
Nak tak nak, naluri kita pastinya ingin berasa selamat dari sebarang ancaman, nak hidup bahagia, nak aman, nak sentosa.

Malangnya, kehidupan kita hari ini sudah kurang sentosanya. Lihat sahaja ke segenap bidang kehidupan kita. Akidah umat semakin luntur. Jika berjaya dikatakan berkat usahanya sendiri. Jika merana dipersalahkan takdir Ilahi. Bidang sosial pula, semua maklum setiap hari pelbagai kes disiarkan di tv dan surat khabar. Taip sahaja kata kunci pengguguran, buang bayi, penzinaan, budaya rokok, lepak, rempit, dll (terlalu banyak nak tulis) di enjin pencarian anda, dapat kita lihat keadaan masyarakat kita sebenarnya tak selamat. Ini belum diteliti bidang ekonomi, politik dll lagi. Dengan ekonominya yang dikuasai Yahudi Laknatullah, sehingga kita kadang terasa 'tak de benda yang boleh dibeli'(bagi yang memboikot barang Yahudi Laknatullah. Politiknya yang tidak stabil, pengaruh sekular dan korupsi...dll






Kita sebenarnya tidak berada dalam keadaan selamat lagi. Kita tidak berada dalam zon biah solehah lagi, seperti sekolah agama/maahad dll kita dulu. Kita sebenarnya perlu bersatu mewujudkan biah solehah dalam masyarakat kita ini. Kita sebenarnya yang memerlukan suasana Islam yang sedia Indah ini.

Tidak lain tidak bukan, kita perlu kembali kepada Islam. Masyarakat perlu memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan harian. Sedarilah bahawa hanya dengan Islam hidup kita akan sempurna dan bahagia. Sebab itu Allah dah mengakui keizzahan Islam sehingga hanya Islam agama yang diterima di sisi Allah, seperti FirmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah Islam..." (Ali-Imran)



Dan kerja-kerja untuk menyedarkan manusia supaya kembali kepada Islam bukanlah kerja yang mudah, yang boleh dipikul seorang diri. Ia amatlah berat dan memerlukan perancangan dan kefahaman yang syumul. Sebab itu, kita perlu berada dalam kelompok yang sanggup bekerjasama sebagai satu jemaah untuk menyedarkan semula umat Islam tentang perlunya kita kembali kepada ajaran Islam yang serba indah itu.

Sesungguhnya kerja berjemaah itu lebih berkat dan disukai oleh Allah berbanding kerja yang dibuat seorang diri.

Teringat satu petikan Buku Teks Bahasa Arab, masa Ustaz Mat Sidi mengajar Bhs Arab Tinggi di Thanawi 2 dulu.

"Najah Ul-Jama'ah Afdhola Min Najah Il-Fardi".
Maksudnya: Kejayaan berjemaah itu lebih baik daripada kejayaan seorang diri.

Ingat ayat ni sebab banyak kali ustaz ulang. (Us Mat Sidi memang suka ulang perkataan banyak2 kali =))* tips utk guru:pengulangan adalah satu teknik yang baik utk anak-anak murid mengingat. Dlm tilawah al-Quran dipanggil: at-Tikrar.

Jadi, saya amat suka dan menyeru sahabat2 dan kawan2 supaya berada dalam kelompok yang mengamalkan Islam, yang boleh sama-sama bergerak kerja dan hidup untuk amalkan Islam, merasai kenikmatan dan keindahan Islam yang sebenar-benarnya, kerana kita tidak mampu apabila bersendirian, seperti serigala yang hanya menerkam si kambing apabila is bersendirian. Dan perlu diingat dalam masa yang sama, kita menarik sahabat2, kawan2 yang lain untuk merasai kenikmatan itu. Ia pasti akan lagi indah jika kita merasai keindahan Islam itu secara berjemaah. Kerana kejayaan berjemaah itu lebih baik daripada kejayaan seorang diri.

'Alaikum Biljamaah'

*****

No comments: