Salam Ikhlas Penyeri Ukhuwwah..
Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.
(Wasiat Pertama Imam Hassan al-Banna)
aNJING ini dipercayai memberi respon terhadap bait-bait azan yang dilaungkan oleh muazzin. Mungkin ada yang menyifatkan itu sebagai tabiatnya menyahut salakan yang lain, namun sedarkah kita bahawa seluruh makhluk Allah sama ada baik dan dasyat memuji Allah dengan caranya yang tersendiri. Subhanallah.
Tapi, 'bertuah sekali' manusia ini. Kita sering bercakap2 dan membual hal sendiri ketika azan dilaungkan, sedang seluruh isi bumi yang berada di langit dan bumi bertasbih mengingati Allah.
1. Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (As-Shaff:1)
Sekian
No comments:
Post a Comment