Wednesday, April 29, 2009

Jaga 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi akan berkurangan kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Ni amalan yg kita thu tp sengaja ditinggalkan.
InsyaAllah..Ahli jemaah Islam (sekelompok orang Islam yang lebih dari 3 orang) kena sentiasa amalkan.

Selamat Bermujahadah

Biar derita dlm usaha tp manis dlm kjyaan
Bg org dekat dgn Allah,ibadah yg dilaksanakan tidak akan membosankan dia
Malah ia akan rasa lebih seronok
Inilah kesan dr mujahadah berterusan

Wallahua'lam

1 comment:

Anonymous said...

salam...mudahan-mudahan kita mampu atau sekurangnya mempraktikkan sedikit sebanyak daripada sunnah tersebut. Tapi........musykil tu. betulke jawab azan tu? he2