Monday, April 26, 2010

KATA-KATA HIKMAH MUSLIMAH

Cantiknya Wanita Itu Sebagai MUSLIMAH

Bukan Kerana Keindahan Paras Rupa
Sehingga Menjadi Igauan Mata

Tetapi Berpegang Akidah Solehah
Disebalik Tirai Jiwa...
Mengandam Rindu Kekasih Pasrah Di Atas Sejadah
Mengharap Keredhaan Kehidupan Awana


Thursday, April 22, 2010

DOA

Hidup manusia penuh dengan cabaran dan dugaan.. memerlukan kpd rasional dalam membuat pilihan. Dan pertimbangan. Hiasilah diri awasi tingkahlaku, jgn tertipu dgn kenikmatan dunia ciptaan iblis laknatullah dan nafsu yang merayu-rayu..belajar mengawal emosi dlm menghadapi kehidupan yang lebih mencabar "perkahwinan".."hidupnya" sebuah perkahwinan kerana bijaknya peranan suami dlm menghidupkan solat berjemaah dan berlemah lembut sikapnya pada isteri dan anak-anak. Bahagianya sebuah perkahwinan dgn bijaknya seorang isteri memenuhi hak-hak suami dan tarbiah anak-anak..Jadi, lakukanlah usaha berterusan sebelum kita semua kearah itu =). Jangan mengharapkan pasangan seperti Saidina A’li andai kita tidak seperti Fatimah. Banyakkan memberi dari meminta.. kerana erti hidup pada memberi =).




Rabbij a’lna muqimassolata wamin zurriyatina, rabbana wataqabbal duaa’. amen

Tuesday, April 20, 2010

KAU SAHABAT, AKU SAHABAT

"Sahabatku..Mintalah teman yg soleh dlm sujud terakhirmu sewaktu tahajud kerana dia bisa menguatkan kakimu di jalan ALLAH..Sahabatku..disekeliling kita terdapat byk hati2 yg kosong dan rindukan sentuhan iman dari teman yg soleh..Mulakan dgn menjadikan dirimu penawar kpd mereka semua,penghidup hati2 yg gersang..Bykkanlah memberi dari mengharap..Biarkan diri kita xdihargai asalkan kita menghargai org lain kerana kelak ALLAH pasti menghargai kita..Salam Mahabbah =)






Tahukah sahabat2, orang yang kelihatan sangat tabah sebenarnya adalah orang yang sangat memrlukan pertolongan kalian?
Tahukah sahabat2, orang yang sentiasa memberikan motivasi sebenarnya orang yang sangat memrlukan kata2 semangat dan sokongan kalian?
Tahukah sahabat2,perkataan yang paling sukar utk diungkapkan ialah “Maafkan aku, aku cinta kamu, tolonglah aku”…
Tahukah sahabat2, kita bisa mewujudkan impian kita, sekiranya keyakinan kita yang padu hanya pada Allah?
Tahukah sahabat2, setiap pertolongan yang diberikan kepada seseorang akan dilipat gandakan lebih dari itu semua? Ikhlaslah dalam bertolong bantu…
*Salam Uhuwwah Fillah – memberi motivasi utk dapatkan motivasi =)

Monday, April 19, 2010

CENDERAMATA HARAPAN

Tiada seorang pun tahu cendera mata apa yang masih tersembunyi bagi mereka-sebagai balasan atas amal kebaikan yang mereka lakukan. (Surat as-Sajdah, 17)


Surga adalah tempat yang dijanjikan bagi kaum mukminin atas keimanan mereka kepada Allah dan ketaatan mereka kepada-Nya. Surga, sebagaimana terpapar dalam banyak ayat, merupakan tempat yang diselimuti dengan aneka jenis berkah dan merupakan tempat tinggal kebahagiaan abadi. Allah menghadiahkan surga bagi orang-orang yang beriman sebagai pahala atas amal mereka di dunia.

Surga adalah tempat pengungkapan sifat pemurah Allah (kemurahan yang hanya diperuntukkan bagi orang-orang yang beriman kepada Yang Maha Pemurah, Yang mengganjar orang-orang yang menggunakan berkah-Nya dengan tepat dengan berkah lain yang abadi dan lebih unggul).

Sunday, April 18, 2010

CUTI SEKOLAH TAHUN 2010

Dan yang paling best adalah.. dengan mengetahui waktu cuti sekolah..=)
Boleh la rancang aktiviti sendiri bersama keluarga, gerakan dan rakan2.. yang pastinya, gerakan amal islami perlu lah sentiasa berjalan xkira cuti, kelas, kuliah, sekolah, kerja atau di mana sahaja..
Yang penting:

Mesti sentiasa berakhlak dengan akhlak Islamiah,
Dan; Meniatkan segala amal buat kita kerana Allah..


Wallahua'alam


Maka, ini lah jadual cutinya...


Sumber : http://eputra.com/kalendar-sekolah-2010/

Tarikh Peperiksaan Awam 2010

Tarikh Peperiksaan Awam 2010

Sebagai bakal guru... kena tahu tarikh exam bila.. jadi boleh lah buat persiapan dan rancang aktiviti dengan teliti.... =)

Thursday, April 15, 2010

Friday, April 9, 2010

EXAM INI

Bismillah walhamdulillah..

InsyaAllah semester ini cuma ada 3 paper yang perlu exam final.. Sebelum ke paper, nak checklist assingment jap..

Sains Kehidupan- Tinggal kena hantar report kat Encik Anuar Isnin ni.
PIK Pembangunan Insan dan Kewarganegaraan- Alhamdulillah la, dah hantar. tapi xtaula apa yang kami buat kat assingment tu... dapat A- pun mujor. Harap2 Dr terima je la hasil pemikiran dan gorengan kami.
Hafazan al-Quran- Alhamdulillah xde assingment.. Cuma xbiasa gi tasmik kat ustaz.. hasilnya, ada 15 surah lagi belum tasmik..
KPPI- Assingment dah hantar, cuma CD tak hantar lagi. Alamak, camane ni??

Okey, dari sudut kehadiran pulak..

Sains Kehidupan- Kuliah 2 kali xgi. dan perjumpaan last tu, langsung xsempat nak gi. then, ketiga2 kuiz terlepas, dan tinggal 1 lagi kuiz kena buat dekat SPIN.. Harap2 semua tu tak dikira... Perjumpaan group 2kali gak kl termasuk sbb g kem.
PIK - Kedatangan Full- sangat bagus. walaupun terkdg sampai lewat dan keuar awal dan mengantuk.. cumanya, jarang catat masa lectrer mengajar. teruk3.. Konon Imam Shafie..
Hafazan- Kuliah xpernah xdatang. Cuma, tutorial 3 kali dah rasenya. ke 2kali..?? oh, 3kali termasuk pergi kem. dan tasmik dekat Ustaz Asyraf cuma 1kali. tak kira lagi, hari yang ustaz batalkan kelas, dan dia suruh gi tasmik kat dia.. kl ustaz kira semua tu, maknanya, dah 3 kali la tak datang kuliah.. aduih, camane tu??
KPPI- 2 kali jugak xdatang. Kira okey la tuh.

Nampaknya yang paling teruk- Sains Kehidupan dan Hafazan lah!
Ape la yang aku buat, sampai tak pergi kelas ni..?? Aduih, teruknya!
Ya Allah, ampunkanlah aku...

Hm, So, the last one is my preparation for Final Exam.

Untuk Final ni cuma ada 3 paper je.
Pertama, PIK.
Soalan dah ada, cuma aku hanya perlu hafal jawapan, dan bincang dengan kawan2, kenapa jawapannya ini, dan bukan itu?? dan baca 3 bab yang En Zarin mintak tekankan itu! Dan bincang jawapan yang mungkin bagi soalan subjektif itu!k(model sistem pendidikan yang bersesuaian, ancaman sekularisme, peranan guru untuk mempuk semangat kewarganegaraan di sekolah, n yang satu lagi yang enarik- Beza KBSR dengan KSSR... dan kalau nak stand by, blh gak baca sikit tentang PSK, skop/sukatan, pendekatan P&P,penilaian ). JUST A VERY SIMPLE THING! So, why dont i do the best for the rest of my life??

Kedua, Hafazan..
InsyaAllah, yang ni kena banyak beramal dan mengaji.
1) Panaskan balik surah-surah yang telah dihafal..
2) Tulis semula juzuk 30 semua sekali.. pastikan ejaan yang betul. Yeah, insyaAllah masih sempat untuk semua ni.. (Spot-An-Naba', Abasa, Al-Balad)
3) Dan yang juzuk 29 tu, biasa2 kan pasang al-Quran kat laptop.. sekurang2 nya, walaupun taks empat hafal, kita dah biasa dengar ayat2 dia.. jadi, dah boleh la kalau nak rottib kalimah tu...
Hm, tapi untuk syafawi macamana pulak??
Untuk syafawi..- try tanya kawan2 yang dah gi syafawi, tanya surah apa ustaz banyak tanya..he
Ya Allah... mintak2 la ustaz cuma tanya surah yang aku lancar.. Kau timbang2 kan lah ibadat dan gerak kerja yang aku lakukan sebelum ni.. (Malunye nak mengungkit2 dengan Allah.. sekadar mane je la amalan ku selama ini..)
Tu je kot.

dan ketiga KPPI.
Ini yang besar ni...
Nanti, bila dah dapat nota, baca la nota tu...
Rasenya yang exam ni kuar yang nota je kot..
oh, yang aras2 tu kena tengok sikit.. yang pembinaan item, jenis2 stem, stimulus, dan respon terhad, respon dsbnya tu perlu tgok jugak.ntah pape tu.hu

Hm, tapi insyaAllah.. semua ilmu yang aku belajar ni, kalau betul2 aku kuasai... mmg banyak la sangat paedahnya.. tak rugi menuntut ilmu Allah ini.. yang penting ikhlas..
macamna ikhlas tu??

Ikhlas tu, bila kita ihsan.  Ihsan tu, bila kita niat, kita study, kita discuss, kita bincang dengan kwn2 kita.. semuanya untuk membuktikan kehambaan diri kita kepada Allah..
Bila kita ambil buku, bila kita study, bila kita gi beli pen, bila kita pos slip ke rumah, bila kita jawab periksa, kita niat.. untuk memperhambakan diri kepada Allah..

Nak tak nak, kita hamba, dan Dia Allah adalah Tuan, maka kita kena turut perintah Dia.. Perintah Allah adalah suruh kita belajar. Perintah Allah adalah suruh kita keluar dari kejahilan kepada pengetahuan, kepada ilmu.. Nak tak nak, orang berilmu itu dikasihi di sisi Allah.. maka, hendaklah aku menuntut ilmu, tidak kiralah ilmu itu fardhu ain atau fardhu kifayah.. semua ilmu itu adalah, datangnya dari Allah..

Asalkan aku menggunakan ilmu itu untuk mengenali Allah, untuk merasakan semakin rapat kepada Allah, maka aku harus belajar betul2 dan menguasai ilmu itu, dan menggunakannya ke arah kebaikan.. insyaAllah.. Amin Ya Robbana..

Ya Allah, berkatilah dan rahmatilah daku dan ahli keluargaku, serta sanak saudaraku, dan rakan-rakanku, serta guru-guruku dalam perjuangan menuntut ilmuMu yang maha luas, dalam proses mengelurkan kami dari kejahilan diri kami sendiri.. Matikanlah kami dalam keimanan dan jadukanlah kami tergolong dalam kalangan orang yang berpengetahuan..... Amin

Wallahua'alam

Wassalam..

Ya Allah, aku nak dapat 4 Flat sem ni, kalau itu yang terbaik untukku!
Oh, aku tak buat lagi target asal, target paling teruk, & target yang praktikal utk subjek sem ni, ingatkan ye~!