Friday, December 25, 2009

Nak Masukkan Shout Mix ke dalam Blog Saya..??!

Okey, kl anda nak buat shoutmix... senang je. Ikut cara2 di bawah ini..

Di blog ini, pergi dekat ShoutMix, then klik dekat perkataan 'shoutmix' . yang mana2 pon boleh.


Pastu, create shoutbox


Pastu masukkan shoutbox id.. (ikutla ape pon, tapi kena ingat.. dan xboleh ada space..cth: perbincangan @ bicara ilmu @ munaqasyah...etc)


Pasword..(kn ingat jugak). retype-tulis sekali lagi.

Nama kita dekat name


Emel kita dekat emel

Dan tanda raik pada kotak ' i have read and agree to the term of service.'


Continue

 
Pastu, tunggu 5 saat.


Kita boleh tukar dekat Display.. Klik la style n colours ke.. labels ke.. date ke.. dll...


Klik la warna ape kita nak, pastu preview..


Kl dah confirm/dah puas hati warna yang kita ambil tu, klik Save Setting.


K.... then tengok balik kat ataaaas sekali tu, ada menu setting. klik situ.



Dia akan balik ke muka surat yang tadi...


Jadi, cari menu Quick Start. Klik Get Codes.



Copy Code itu..



Pastu, Sign In kat blog kita.. Pilih Layout/Susunan. Dan paste dalam add gadget/tambah alat... Add html. Macam kita paste code masa nak buat background..


Save.


Kl perlu tukar saiz, edit la saiz.. Kl dah padan dalam blog kita.. maka cantikla.. Dan bolehla kita berbincang dan bertegur sapa dekat ShoutMix yang baru itu...


OK, Semoga berjaya!!





Monday, December 21, 2009

On De Way and After in KLCC


"Eh, lori ni nak masuk depan kita pulak..!"
" Eh, kita pun boleh buat garang ugok.. Tak nak bagi dia duk belakang kereta K.Miah ni"
" Kekgi susah pulok nak jupe kalo pissoh.."

Perjalanan ke KLCC itu diatur oleh 2 buah keluarga, kuarge kita dan kuarge K.Miah. Terdiri daripada Aboh, Ma, Achik, Kakak, Adik, dan K.Miah, P.Awie, Ainul, Farihah dan Auni.. Dari Seremban dalam lingkungan jam 11-12 tgh..


Tak berapa lama dialog itu dituturkan, akhirnya lori DHL tersebut dapat juga meloloskan diri di hadapan Iswara Aerobac merah metalic itu..

Kesan dari itu, hati menjadi panas, air-cond kurang terasa, dengan keadaan trafik di pinggir KL. Asyik2 tekan brek, asyik2 tekan brek.. tersedak2. Kereta2 berenti rapat2.

Last skali, abah xsedar vios kat depan brek, lalu dia tekan brek mengejut dengan agak kuat.. Namun disebabkan inersia kereta kami yang cenderung untuk mengekalkan kedudukan asalnya, tambahan lagi dengan keadaan jalan raya dan tayar yang licin..akibat hujana rintik-rintik,,,,.. maka Iswara Aerobac itu mencuit bumper Vios hitam di depan kereta kami.
"Bush!.."

'Woh, sentuh jugok sikit!'..
Maka, berlakulah perlanggaran sederhana antara dua buah kereta itu.. kemudian, Vios hitam itu memberi isyarat untuk ke kiri dan memberhentikan keretanya di bahu jalan. Kami menurutinya.(Takkan nak langgar  lari pulak kan.Itu perbuatan tidak bertanggungjawab)

Seorang lelaki Cina keluar dari kereta, lalu meneliti bumper belakangnya. Aboh pun kuor. Ma pun kuor. Maka mereka bermuzakarah dan berdebat di hadapan kedai Honda..

2orang lagi (kakak dan acik) hanya melihat dari dalam kereta, bimbang jika mereka keluar akan memburukkan lagi suasana.., sambil memerhatikan keadaan di luar dan cuba memahami perdebatan mereka. Fuh,..kakak dan acik pun berdebor jugak.. Sebab kl ikut (peraturan kot), yang duk belakang tu yang salah bila accident.. Tapi, kami mula mengingati Allah. "Cik, selawat2", kakak mengajak Achik berselawat yang diyakini mempermudahkan urusan dan meluaskan rezeki..



Lelaki tadi mengeluarkan handphone dari poket seluarnya, dan menangkap gambar kereta kami beserta no plat.. Aduh, gawat inii!!..,namun lidah tak putus-putus berselawat dan berdoa, agar tidak ada apa2 yang tidak diingini berlaku, apatah lagi minta dijauhkan daripada dikenakan claim yang tinggi atau ke balai dalam masa yang terdekat ini. Bimbang takut plan nak ke KLCC tak menjadi. hu3.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, lelaki tadi hanya meninggalkan kami.,seraya berkata, "Tak ape (3,4kali)," dan beliau juga menolak sejumlah wang yang kami hulurkan sebagai ganti rugi kerosakan itu. Menurut pengamatan kami, kerosakannya tak adelah teruk sangat. Cuma bumpernya yang terkeluar sedikit dari tempat asal, sekitar 1 inch.

Maka, kami berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari sebarang perkara yang tak diingini, dan mohon dijauhkan daripada peristiwa sedemikian berulang lagi.. Dalam masa yang sama, kami perlu lebih berhati-hati ketika memandu..
Selain itu, antara moral of the storynya ialah.. Jangan cepat marah..Dan kalau ada orang nak masuk line kita di highway tu.., kita bagi je la.. InsyaAllah kalau kita memudahkan urusan orang, Allah akan mempermudahkan urusan kite.. hehehe..
Tapi tengok keadaan jugak la kan..
Em, xpelah. saja Allah nak uji dan bagi peringatan kepada kami sekeluarga hari ini.. Alhamdulillah..


*   *   *   *   *   *   *

Kami meneruskan perjalanan ke KLCC. Segala yang dilihat dijadikan bahan untuk mengurangkan ketegangan dan kebimbangan di dalam diri.. Moga Allah mempermudahkan urusan kami.. Setiba di KLCC, kami mencari parking yang sesuai di aras underground parking of KLCC. Pusing punya pusing.. Lebih 10 minit jugak kami ronda.." Patutla Pok Awi xnak masuk sangat, rupenye susah nak dapat parking kat sini". Sambil-sambil itu, ma sempat membaca amaran yang ditampal di dinding2 yang akan mengenakan denda RM5000 bagi kenderaan yang parking di tempat yang tidak dibenarkan, dan mereka mempunyai kuasa untuk menunda kenderaan kita sekiranya didapati berbuat demikian.. Fuh, duit aje diorang ni!

Akhirnya, kami menemui kawasan yang agak lapang, iaitu di kawasan 17A. Rupe-rupenya banyak lagi parking yang kosong kat belakang ni. Cuma orang tak tahu. Seeloknya perkhidmatan pengawal parking di KLCC tempat yang popular di Malaysia itu perlu menawarkan khidmat untuk menyemak kawasan yang sudah penuh dan masih kosong. maka tidak perlulah kami berputar2 dan tawaf kawasan parking tu lame2...huhuhuh.kami pon turun dari kereta dengan semangat berkobar-kobar untuk menjejaki kawasan KLCC, terutama Petrosains yang sangat menyeronokkan itu.  Tapi, cek punya cek, patutla orang tak parking.. ada tanda 'No Parking' rupenye di situ.. hu3.. Jadi, aboh dan Pok awie mencari lagi kawasan parking yang lebih sesuai di kawasan itu, maka terjumpalah tapak parking yang paling strategik dan melapangkan jiwa... Oleh itu Grand Livina milik K.Miah dan Pok Awie diletakkan berjiran dengan Iswara yang telah mengalami eksiden kecil sebentar tadi...=)

Selesai parking, ada 1 lagi Wira hitam memandu perlahan sambil melewa2 mencari parking, maka kami dengan tulus hatinya menunjukkan parking bersebelahan kenderaan kami yang diyakini selamat itu.

Kami berjalan kaki mencari tangga/lif/ eskaletor dan memulakan pengembaraan di Suria KLCC. Malangnya, tiket Petrosains sudah habis dijual pada hari ini.. =(, jadi kami berjalan dengan perasaan yang cukup sayu.. isk3. Cuma sempat tengok ikan, tumbuhan hidroponik dan roda gergasi saje yang ada kat luar tu. Kami percaya mesti ada pameran yang lagi best kat dalam tu.. Waa, InsyaAllah jika diberi keizinan, Allah akan mengaturkan kami berpijak lagi ke sini untuk merungkai rahsia alam dan sains yang menjadi tanda-tanda kebesaran dan Maha hebat Allah SWT..

Setelah melakukan aktiviti WIndow Shopping di kedai buku, alat elektrik, kamera dan luar Suria KLCC (kolam air pancut), kami tidak ketinggalan bergambar dan melihat hiasan dan aktiviti yang disediakan sempena sambutan Krismas.. Hm, kl ikutkan sebenarnya sebagai Islam kita tak boleh sambut Krismas, kerana ia perayaan orang Kristian. Dan kalau kita ikut orang Kristian, maka kita pon Kristian jugakla..Nauzubillah... Kl nak baca lebih, try taip keyword 'sambut krismas' kat search engine. atau klik yang ni--->; Boleh ke sambut Krismas??

Sesi lawatan kami pon tamat dalam lingkungan 3lebih..Kami akan menunaikan solat Jama' Takhir la pada waktu ini, memadangkan queue untuk ke tandas tersangatlah panjang.......... sehingga ke luar tandas. huh. Apa yang lebih kurang puas hati adalah sistem perpaipannye yang terlalu 'modern'. Tandas duduk yang luas mangkuknya, tanpa wayar getah.. Ingat kan tandas pertama je macam tu, jadi kami 'assume' ia untuk golongan OKU.. "Oo.. yang ni untuk OKU..", bercakap sesama sendirii... TAPI rupe2nyer, memang semua 5 tandas kat situ macam tu.. Aduh, gawat ni sih!! Sebagai 'orang kampung' yang masih mengamalkan sunnah Nabi SAW yang membuang air dengan mencangkung, kami sangatlah tidak selesa untuk berhadas pada waktu itu, untuk menggunakan tandas seperti itu! Sorang demi seorang keluar dari tandas dan kemudiannya melihat wajah di cermin.


Kemudian, awok2 kami pula punya giliran. Yang tak tahan, sedang kami menunggu turn, Ainul yang dah masuk ke tandas, tiba-tiba menjerit. "Susoh Wei Nok Basuh!!". Hua3.. Aku ketawa sorang2 sebab time tu sume yang lain dah masuk tandas. " Dia ingat kite ni OKU belake ke??!," tambahnya lagi. Hua3.. Nasib baiklah orang lain yang tengah beratur kat belakang tu tak paham kami cakap dalam bahasa Terengganu.. hu3. Kl tidak nampak sangat ke'darat'an kami. hua3.
Hai..Toilet Bowl.. Toilet Bowl.. Begini rupenye orang mewah hidup....

Akhir sekali kami pun hendak pulang ke destinasi masing-masing. K.Miah menghala ke KL Central dan kami ke UK terus. Setelah pembayaran tiket parking dibuat, kami ke seksyen 17A. Setibanya di sana, semua antara kami menerima 1 kejutan yang sangat2 mengejutkan. Kedua-dua kereta kami hilang!! Pelbagai persoalan timbul di kalangan kami..
"Aaah, mane kereta kita??"
"Betul ke 17A kita parking tadi? Bukan 14 A ke?"
"Ke 17 C?"
"Mane kete kiter, dua2 xdok eih..? Xleh balik la kiter.."
"Curi..??" Haa..Nauzubillah..
" Ke kena tunda? No parking ke takdi..??".. Melayanglah RM5000.00....
Kami saling berpandangan, berfikir dan cuba menjawab persoalan2 yang timbul. Tidak kurang juga ada yang mencari kereta tunda yang telah menarik kedua-dua kereta kami, atau sekurang-kurangnya ada notis, number telefon pejabat tunda yang boleh kami hubungi.. Malangnya kawasan itu kosong sama sekali. Tiada apa-apa kesan atau sebijik kereta pun di kawasan 17A itu.
Kami berpusing2..
Ainul dan Farihah mula menitiskan air mata, sayang akan  Grand Livinanya itu. Ada titik-titik panik di beberapa iras wajah kami semua, tidak ketinggalan juga ada yang tersenyum sahaja, cuba mencari kekuatan di sebalik kekalutan yang berlaku.
Kami berselawat, dan memohon petunjuk kepada Allah lagi.. "Ya Allah, dosa apakah yang telah kami lakukan, sehingga ditutupkan jalan Mu yang sebenar...?? Ampunkanlah kami... Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus!!!".
Kami terdiam. Tangga di cari. Dan kami cuba meyakinkan bahawa kami tersilap tempat. insyaAllah kami tersilap tempat. Tapi kami dah confirm 17A!! Tiba-tiba Allah memberikan ilham.
Cuba turun ke bawah 1 floor lagi! Ya, cuba turun 1 floor lagi! Mungkin ini floor yang lain! Tapi design tempat ni 98% sama dengan bahagian asal tadi.

Kami yakinkan diri untuk melangkah dan menuruni eskelator (tangga bergerak) ke 1 floor di bawah. Langkah dipercepat untuk mendapatkan kepastian. Dan........

Alhamdulillah.. Allah Maha Mendengar dan Maha Membantu hamba-hambaNya. Kami sememangnya tersilap floor.!! Kami semua mendapatkan kereta masing-masing. Barulah senyuman terukir di wajah masing-masing. Alhamdulillah.. Yang dicari ditemui jua..

Maka perjalanan seterusnya diteruskan dengan deraian tawa apabila mengenangkan kembali kenangan yang tidak akan dilupakan itu sepanjang perjalanan kami. hahahaha

   -  *  *   *   *  -

Itulah kiter.. Hanya ingat Allah apabila di saat-saat genting sahaja... Hm, astaghfirullah..
sekurang-kurangnya ingat juga Allah ketika dalam kesusahan. Lebih baik ingat Allah semasa susah, daripada semasa susah pon mencari 'manusia'. Tapi lebih baik ingat Allah ketika suka dan duka, daripada mengharapkanNya ketika susah sahaja....

Lain kali, ambil gambar tempat paking kita tu. (Aboh kena doh skali sblm ni.)
And then, kena ingat kita parking kat tingkat berapa. Hari tu tingkat 2. P2.

Ya Allah, ampunkan kami. Aturkanlah langkah kami di dunia ini dengan langkah-langkah untuk mencari petunjuk dan keredhaanMu, bukanlah langkah-langkah kami ini menghampiri nerakaMu. Nauzubillah Min Zaalik.

-mOHoN mAaP jIkA tErSilAp kATA, bAhaSA AtaU wAtAk dLm NuKiLaN Ini..-





Ini di ruang 14C.. Tempat kejadian adalah di 17A. Huhu

Sunday, December 20, 2009

SURAH AL_FAATIHAH


Surah Al-Fatihah perlu dibaca setiap kali solat.

Saturday, December 19, 2009

N I S A ' G A M E S

10 Disember 2009

Siapa xbangga nama sendiri dicetak di setiap banner, pamplet dan kertas kerja, bahawa saya melaksanakan satu projek mega untuk adik2 di kawasan Dungun. hu2. xbaik riya'. Nasib baik bukan betul2 saya punya program. Sebenarnya kalimah 'Nisa' pada istilah Nisa' Games itu merujuk kepada semua yang berjantina perempuan, berumur 13-40 tahun, berkelayakan menyertai ahli Nisa'.

Jadi, dengan seruan jihad itu, saya buat julung-julung kalinya melibatkan diri dalam siri permainan indoor kali ini. Permainan yang saya pilih adalah, DAM ULAR.=)


Subhanallah, xsangka rupenyer ramai adik remaja yang berminat dan memberi komitment yang tinggi kepada penganjuran program ini. Alhamdulillah. Benarlah ayat al-Quran yang menyebut, mafhumnya kalau kita tidak mahu berjuang di jalan Allah, Allah akan menggantikan dengan orang lain yang lebih baik dari kita. jadi, janganlah sampai satu ketika Islam mencapai kemenangan, tetapi tidak ada satu pun sumbangan kita kepada kemenangan Islam itu..

"Allahumma ya muqallibal qulub, thabbit quluubana a'la diinik wa'ala toatik"
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama dan ketaatan kepada-Mu.

Hebatnye mak cik2 dan akak2 yang dapat istiqamah dan menyumbang untuk Islam, walaupun dah habis belajar, dan dah beranak dan bercucu..

Dan antara yang terkesan pada jiwa juga, kesungguhan seorang ibu saudara yang bijak mendekati anak2 remaja, yang mampu mencipta pengaruh dan mempunyai magnet diri, sehingga berjaya menghantar anak-anak buahnya ke sini, bagi mengisi masa terluang dan berkenalan...

Cuma antara adik2 ni, masih belum tercapai objektif taaruf, iaitu mereka masih belum kenal sesama mereka. mungkin perlu ada sesi taaruf sebelum game. hah.

Moga dapat join lagi aktiviti kemasyarakatan ni, tak kira di mana kita dicampakkan, kita perlu membina insan itu.
Ballighu a'nni walau aayah!

OPKIM DI KAMPUNG CHEROS

Salam Percutian...

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah dan ibu bapa, satu Operasi Khidmat Masyarakat ISIUKM dapat saya sertai pada 20-23 November yang lalu...

Sebab lame dah program ni, jadi tak berapa ingat dah perjalanannya tu. Namun ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana bbrapa perkara::

1) Semua kerja dan hal yang berkaitan dengan PSSCM dan keguruan perlu disettlekan sblm berangkat ke Cameron Highland(CH) pagi tu ... Wah, kalut jugok dibuatnya. Bilik di KKM yang ditempah, xsempat nak duduk. Menginap di KDO je mlm tu. Harap penganjur tak marah...

2) Alhamdulillah, sarapan pagi utk 2 org di KKM di 'sponsor'. Rezeki...

3) Harap2 dipermudahkan urusan tesis kawan2 yang xsiap lagi tu..Amin. Maaf jika xbyk mmbantu.

4) Kehidupan orang asli di CH ada yang seperti dibayangkan, dan ada yang cukup berbeza dengan sangkaan saya.

5) Ingatkan kat umah diorang xde lampu langsung, diorang pakai pelita ayam tu jer.. Tapi rupenya ada kemudahan tenaga solar di rumah diorang.. Malam je diorang akan guna generator untuk buke lampu. tapi ada 1 malam tu bateri lampu xhabis caj, maka duk dalam gelap la kami..
DInding dan lantai daripada buluh yang disusun rapi dan diikat silang pangkah. Atap zink tak tembus pon bila hari ujan...

6) Diorang menggunakan motor untuk perhubungan, nak keluar masuk ke bandar, mencari keperluan dan menjual hasil pencarian.

7) Anak-anak diorang xsemua dihantar ke sekolah, dengan alasan susah untuk keluar.. Mungkin mereka masih kurang kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Tapi kl yang memang dihantar ke sekolah tu, hm.. diorang pandai rupenyer!..

8) Bila ditanya mengenai Islam, mereka kebanyakan tidak mahu menerima apa yang kami bawa.. Mungkin masih terlalu awal.. Tapi bagi mereka yang sememangnya pernah mendengar tentang ajaran Islam ini, mereka lebih prefer untuk mengekalkan amalan nenek moyang mereka.

9) Yang mengkagumkannya, antara 19buah rumah, dan 160 penduduk di situ, setakat ini belum pernah berlaku kejadian curi, rompak, maksiat dan sebagainya.. Inilah budaya ketimuran yang asli.., yang tidak dicampuri dengan budaya kuning, biru atau merah dari barat langsung.. Antara yang bagus.. anak2 mereka berumur sekitar 2-4  tahun juga turun ke tanah membantu ibu mengangkat buluh untuk digunakan.. Wah, rajinnyer anak2 mereka! =) (aku pon malas..!)

10) Mereka boleh main kejar2 dan main bola dalam (bola beracun), dengan memakai kain batik! Kl macam ni, xbolehlah nak halang orang jogging dengan berkain kurung.

11) Masa mendengar ucapan alu-aluan dari Timb Tok Batin, perkataan pertamanya yang mengejutkan saya ialah, 'Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia!'.. Wah, hebat benar seruan DS Najib ni. Sampai ke ceruk perkampungan orang asli pun dapat risalah nye ini.

12) Secara jujur dan edisi muhasabahnya.. pada pendapat saya, spjg perkampungan kami ini, mungkin saya sendiri lebih banyak bertanya ttg amalan@dari sudut pensyariatannya sahaja. Tetapi, ttg pemikiran, kepercayaan dan konsep ketuhanan tidak banyak diketengahkan dalam pertemuan kami.
Bagi saya, kita perlu lebih mengutamakan/ lebih banyak bercakap tentang tauhid dan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.. kan Nabi berdakwah, mula dengan menanamkan akidah/tauhid dulu. then baru syariah dan akhlak.



Tapi.. mcm takut pulak nak sebut pasal Allah.. pasal Tuhan.. dll. Takut sensitif..Nanti diorg sumpit kite kang, haa baru tau.. Ingat lagi mase penasyid ISIUKM bernasyid lagu Raihan, tajuk 'Asyhaduallailaahaillallah'.. diorang kuar rami2 dari tapak khemah, mcm boikot je.. Tp xtaula kan..

Lagipun, mgkin 1 metodologi dakwah kite jugak, kita faham budaya dan cara mereka dulu.. Raikan mereka, lepas ni baru kita masuk sikit2. Tapi ustaz kata tu bukan caranye, kl asyik nak meraikan mad'u.. Takut kita terjerlus sekali.. Macamna ek.


Wallahua'alm.

*  *  *
Pepun, memang pengalam ini sangat menarik dan membantu kiter untuk koreksi balik diri kita, tentang metod yang paling sesuai untuk kita mendekati mad'u secara dakwah fardiyah. Tafahum dan Taaruf yang terjalin dalam kem ini, bukan sahaja antara saya dengan penduduk orang asli sahaja, malah dengan sahabat2 seISIUKM yang baru berjumpe di sini. Antaranya, SZI Epi Nadwa Khairiah Fidah Naimah adik aisyah z, mardhiah liyana izati farah zila siti mira mastura wani. yang lain yang tak disebut tu, mybe tak cukup glamour.hu3

Wassalam

Tuesday, December 15, 2009

Koleksi

"Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya.Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis."

Tuesday, November 17, 2009

Astgahfirullah...syaitan sudah menang,,,!!

Nauzubillahi minassyaitoonirrajim...

Monday, November 16, 2009

Perjuangan Salahuddin Al-Ayubi

Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.



Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.



Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.
Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.
Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).
Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.
Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.
Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.
Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.



Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.



Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.



Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia
Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Europah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Muslim termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Katolik dan juga kepada tentera Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali.



Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan bangsawan-bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Friday, November 13, 2009

Hey, Aku Pun Wanita Solehah, InsyaAllah..


Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.



Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.



Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.



Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman , Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu. Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.


Diambil sempena memperingat sabahatku, Lyn dan juga diriku sendiri...
Kembalilah..





Ton warna-belajar dari Hasanah



Thursday, November 12, 2009

'PRIVATE' kan gambar dalam Facebook

PRIVATE GAMBAR DARIPADA GOLONGAN AJNABI

Saya ada cadangan untuk hal itu.. Yela, Kadang2 nak jugak letak gambar kita kan.. Cam kawan2 yang lain.. Best je.. Boleh tahu aktiviti kawan2 lama kita… K, jom cuba cara ni..

Melalui facebook, kita boleh buat album kita jadi private..

1. Mula2, listkan / labelkan kawan2 muslimin kita.
1.1 Caranya, kat menu atas tu klik ‘Friends’. All friends.
1.2 Di sebelah kiri, dekat Lists, klik Friends.
1.3Create new list, namakan folder itu, dekat yg bertulis ‘Enter a name’ cth: LELAKI
1.4 Klik semua nama lelaki yang terpapar di situ. Dan Next > > sehingga terakhir.
1.5 Klik Create List

2. tHeN, Utk masukkan gambar.., DAN hadkan viewer
2.1 Pilih menu Profile
2.2 Photos
2.3 Create a Photo Album
2.4 Isilah maklumat yang berkenaan. Tp di ruangan Privacy, Pilih Customize.
2.5 Pilih Only Friends.
2.6 Kat ruang Except this people, taip list yang kita buat tadi : LELAKI
2.7 Okay
2.8 Create Album

3. Pastu, anda dah boleh Upload gambar anda cam biaser…
3.1 Try The Simply Uploader
3.2 Save Change
3.3 Kl dia Tanya .. These are photos that still not been published, do you want to publish?.. Skip je.
3.4 Dan jangan sekali2 klik untuk Share this album with friends, even if they're not on Facebook

** 3.5. Peringatan: Then, setiap kali ada friends di kalangan lelaki yang add. Masukkan di add list: LELAKI (atau pape nama yg anda buat td), sebelum anda klik Confirm.
------
4. Kl kita dah de album, Cuma nak di private kan, maka… 4.1 Pilih Menu Profile, then Menu Photos. 4.2 Klik Album Privacy 4.3 Edit dekat Who Can See This . Buat macam tadi (2.5 dan 2.6). (Customize,Only Friends, Except this people..)
Walaupun begitu, perlu juga sikap hazar (berhati2), dinasihatkan kepada sahabat2 jgn upload gambar xpakai tudung pula. Apepun betulkan niat, utk eratkan ukhuwah antara akhawat (sesama muslimat) ni dsbny. Bukan tOk menunjuk2 dan riak sama sekali..


Kl xdapat or xpaham gtau la. tq.

Wanita itu mutiara, letaknya di bawah lapisan si tiram, tertanamnya jauh di dasar laut yang dalam..
Mari kita gunakan facebook ini untuk mencari redha Allah semata2…

*****


Kl sape2 ada cara yg lebih mudah, kongsilah.. Yg ni jer yang saya jumpe. .
Tenkiu, Wassalam.

"Yang tertutup itu indah" =)

Wednesday, November 11, 2009

Kalam Roh

Apabila membaca tazkirah ini, teringat suasana majlis Ta'alim di ASPURI, tak ingat dah sape yang bagi.. tapi akak tu dia ceritakan tentang keadaan malaikat maut yang serba tak kena masa nak menarik nyawa dari seorang yang melakukan amal soleh, dengan segala nikmat anggota yang dikurniakan Allah.. Mase tu, cukup kagum mendengar cerita itu, dan sekarang lagi2lah kagum, rupenya betul dan tepat sekali apa yang akak tu cakap...
* * * * * * * *
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

* * * * * * *

Dan inilah yang akak tu cerita dalam musolla tu...

* * *

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Friday, November 6, 2009

Cerita Alam Barzakh: "Kerana Sehelai Bulu Mata"



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu...""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."Jawab malaikat, ".
Inilah saksi-saksimu. ....Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan menyentuh". Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu""Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.
Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"."Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, "Apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulumata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?" MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
WALLAHu A'LAM.....

----------------- * * * * ------------------


Subhanallah Maha Suci Allah..!!


Segeralah bertaubat, Wahai Nisa'...!


.

Monday, November 2, 2009

Nyamuk=Perang Yarmuk??


Ada owg cakap, nyamuk asalnye masa Perang Yarmuk..,betul ke?? Ntah rr. Cube cari cerita pasal Perang Yarmuk.. Tapi xde plak cakap pasal nyamuk.. Banyak lagi tak tahu pasal perang2 dalam Islam ni.. Perang Mu'tah.. Perang Tabuk.. Rasenyer tu nama tempat semua.


Cari pasal Perang Yarmouk dulu..


Laman Sirah
September 16, 2005


Perang Yarmuk
Filed under:
Tarikh Islam
B Harian, 13 Julai 2005
KEHEBATAN tentera Islam pada zaman Rasulullah dicatatkan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam.
Peperangan itu membuktikan jumlah tentera yang ramai bukan senjata terkuat bagi mengalahkan musuh. Peperangan itu membuktikan keazaman, ketaqwaan dan semangat jitu untuk mempertahankan agama Allah menjadi penentu segala-galanya.
Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentera Rom kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang.
Panglima Islam terbilang, Khalid Al Walid dan Abu `Ubaidah memimpin pasukan Islam. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam.
Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.
Di sebalik kemenangan itu, turut tercatat bagaimana Islam begitu menghormati hak musuh. Mereka yang ditawan tidak dilayan seperti musuh atau hamba, sebaliknya hak mereka tidak dicabul.
Pekerti yang ditunjukkan pemimpin dan pengikut Islam itu membuatkan musuh yang menentang Islam menerima agama Allah ini dengan hati reda. Islam jelasnya adalah agama keamanan.
Kisah itu dicatat dalam peristiwa seorang panglima Rom bernama George mendapat petunjuk kepada agama Islam.
Dalam peperangan Yarmuk, George dikisahkan memanggil Khalid Al-Walid. Kedua-dua panglima itu saling mara hingga kepala kuda mereka bersentuhan.
George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta.
“Jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”
Khalid menjawab: “Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan.”
George berkata: “Apakah Allah menurunkan kepada Rasulnya, Muhammad SAW satu pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu hingga jika kamu gunakan pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”
Jawab Khalid: “Tidak!”
George bertanya lagi: “Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?”
Khalid menjawab: “Ketika Allah mengutus Nabi Muhammad, seluruh kaumnya sangat memusuhinya, termasuk aku. Aku adalah orang yang paling membencinya.
“Selepas Allah memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah menerimaku dan memberi gelaran kepadaku `Saifullah’ (pedang Allah).”
George bertanya lagi: “Jadi apa tujuan kamu berperang?”
Jelas Khalid: “Kami ingin mengajak kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah.
“Kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar.”
George kemudian mengemukakan soalan kepada Khalid: “Apakah hukumannya apabila orang itu tidak mahu menerimanya?”
Balas Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”
George berkata: “Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?”
“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid.
George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”
Khalid menjawab: “Di hadapan Allah, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dulu atau yang kemudian masuk Islam.”
George bertanya lagi: “Apakah orang dulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru memeluk Islam?”
Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu kerana kami yang terlebih dulu masuk Islam, menerima Islam ketika Rasulullah masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada Baginda.
“Sedangkan, orang yang masuk Islam kemudian, tidak menyaksikan apa-apa yang kami saksikan.
“Oleh itu, sesiapa saja yang memeluk Islam yang datang terakhir, maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dulu.”
George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”
“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.
George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu. Mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku mengenai Islam.”
Lalu Khalid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.
Ketika Khalid dan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.
Selepas selesai mengerjakan solat, Khalid, George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sampai matahari terbenam. Pada saat itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zuhur dan Asar dengan isyarat saja.
Dalam pertempuran itu, George yang bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh.


Allahu a’lam bisshawab.




Thursday, October 29, 2009

ماليزيا بلد نشيط



إن ماليزيابلد نامية ونشيط وفعالة. يقع في آسيا. ومن البلاد الجيران به هي تايلاند وايندونسيا.

لكل بلد عَلم لنفسه,وكذلك ماليزيا. وعلم ماليزيا رمز لللإتحاد. فعَلمه يتكوّن من الهلال والنجم, لونهما الأصفر يدل على طاعة السلطان والوزراء. ثانيا، له لون الأزرق الذي يدل على التحاد جميع الشعب في دفع البلاد. وفي علم ماليزيا لا يوجد لون الأصفر والأزرق فقط، بل لون الأبيض والأحمر كذلك، حيث الأبيض يدل على الصفية ؤالإنتقاء من الدنس وأما الأحمر يدل على الشجاعة.

في السنة 2008 ، وقعت الإنتخابات العامة الثالث عشر ، فيُختار زئيس وزراء ماليزيا الجديد وهو داتوء سري محمد نجيب بى تون عبد الرزاق. واسم زوجته هو داتين سري روسمه بنت منصور.

ماليزيا بلد نشيط، ودليل على ذلك هو السياح متنوعة في ماليزيا. هم يحبون ان يزوروا ماليزيا لأن فيه الأماكن السياحة كثيرةو منها حديقة البلاد الذي تقع في باهنج، مباني "إي فاموسى" في بندر هيلير، ملاك، محطة الوطني وغيرها. وبجانب ذلك، في ماليزيا يوجد الأعراء والأقوام مختلفة. منها الملايويون والصنيون والهندون وغيرها. وهم يعيشون بالسلامة والتعاون بعضهم بعضا في الحياة.

من أجل ذلك، شعب ماليزيا يستقبلون الأعياد ممتعة متنوّعة، وهم يتنزهون بالعطلة في اؤلئك الأعياد، يستقبلون عيد الفطري وعيد الأضحى ومع الهجرة وعام الجديد للصنيّ ، و "ديفابالي". هم يزورون الآخر ويهنؤون " كل عام وأنتم بخير".

Tuesday, October 27, 2009

6T BILE ADE MASE NAK BACE...

Cinta Sejati Seorang Ibu Terhadap Anak-Anaknya

Dia seorang wanita yang sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang sekitarnya. Maklumlah ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr: “Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada si Sakhr, malang.
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat.

Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.” Setelah Khansa masuk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakannya untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya telah diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian kesemua puteranya itu telah diserahkannya untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.

Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan mara ke medan perang:
“Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan suka rela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imaran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata: “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah, dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh-musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapatkan balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satupun bermula sampai dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah.

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikitpun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang di antara mereka bersyair: “Hai saudara-saudaraku!
Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat.
Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah.
Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.” Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair: “Demi Allah!
Kami tidak akan melanggar nasihat ibu tua kami
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati
Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh bersama-sama
Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya sambil bersyair:
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas dan tidak goncang.
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang
Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri
Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri
Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati.
Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.” Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair: “Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan
Dan bukan pula kerana Amru yang pujiannya sudah lama terkenal,
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku.” Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat ibondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana pihak Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera pejalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi lainnya. Mereka jadi mangsa gajah sendiri. Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka.

Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya merekapun lari lintang pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syhuhada itu terbujur empat orang adik beradik anak Khansa.

Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan: “Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengar mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!” Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat putera-puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.



Syahid Dalam Menjalankan Tugas Rasulullah SAW

Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar.

Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat. Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan.

Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagaimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”

Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”

Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud: “Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.
Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.
Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.” Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.

Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.” Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta. Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian.

Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu. Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja.

Dalam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam. Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga.
Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!
Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.” Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.

Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”

Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”

Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”

Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran itu.




Segelas Air Di Medan Perang

Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.

* * * * *

http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah026.html


--------------------------------------------------------------------------------

Dipetik Dari Buku: 2002 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.

--------------------------------------------------------------------------------

Kisah Si Kura-Kura

Kisah Si Kura-Kura
by SYK on 11 May, 2008

Pada suatu hari, ada 3 ekor Kura-kura hendak pergi berkelah
bersama-sama. Kura-kura pertama membawa makanan, Kura-kura kedua membawa
minuman, sedangkan Kura-kura ketiga tidak membawa apa-apa pun.

Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga
mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di
antara mereka.



Kura-kura I: “Ermmm….. salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?”

Kura-kura I dan II saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kura-kura III.

Kura-kura III: “Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua.”

Kura-kura I & II: Eh Taklah. “Kita orang tunggu sampai engkau datang.”

Kura-kura III: “Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?”

Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kura-kura III: “Kalau 3 jam?”

Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kura-kura III: “Kalau 1 hari?”

Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kura-kura III: “3 hari?”

Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kura-kura III: “5 hari?”

Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kura-kura III: “1 minggu?”

Kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kura-kura III: “2 minggu?”

Kura-kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah.”

Dengan berat hati, akhirnya Kura-kura III pun berangkat. Kura-kura I & II
menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.
Kura-kura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kura-kura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kura-kura I : “Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je laaaah.”

Kura-kura II: “Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni.”

Tiba-tiba Kura-kura III muncul dari semak dan berseru “Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan?

Kan?!!!”

Kura-kura I & II : ” @#$%^& !”


Copy from: http://syedkhalil.com/42/kisah-kura-kura/

---------------------------* * * * * * * -------------------

Moral: Jangan terlalu berprasangka dan terlalu banyak alasan. Kalau dapat tugasan tu, buat terus, kan senang. Kl buat dari tadi tu, dah boleh siap dah pon. Hu2

.