Showing posts with label Taujihat. Show all posts
Showing posts with label Taujihat. Show all posts

Friday, April 9, 2010

EXAM INI

Bismillah walhamdulillah..

InsyaAllah semester ini cuma ada 3 paper yang perlu exam final.. Sebelum ke paper, nak checklist assingment jap..

Sains Kehidupan- Tinggal kena hantar report kat Encik Anuar Isnin ni.
PIK Pembangunan Insan dan Kewarganegaraan- Alhamdulillah la, dah hantar. tapi xtaula apa yang kami buat kat assingment tu... dapat A- pun mujor. Harap2 Dr terima je la hasil pemikiran dan gorengan kami.
Hafazan al-Quran- Alhamdulillah xde assingment.. Cuma xbiasa gi tasmik kat ustaz.. hasilnya, ada 15 surah lagi belum tasmik..
KPPI- Assingment dah hantar, cuma CD tak hantar lagi. Alamak, camane ni??

Okey, dari sudut kehadiran pulak..

Sains Kehidupan- Kuliah 2 kali xgi. dan perjumpaan last tu, langsung xsempat nak gi. then, ketiga2 kuiz terlepas, dan tinggal 1 lagi kuiz kena buat dekat SPIN.. Harap2 semua tu tak dikira... Perjumpaan group 2kali gak kl termasuk sbb g kem.
PIK - Kedatangan Full- sangat bagus. walaupun terkdg sampai lewat dan keuar awal dan mengantuk.. cumanya, jarang catat masa lectrer mengajar. teruk3.. Konon Imam Shafie..
Hafazan- Kuliah xpernah xdatang. Cuma, tutorial 3 kali dah rasenya. ke 2kali..?? oh, 3kali termasuk pergi kem. dan tasmik dekat Ustaz Asyraf cuma 1kali. tak kira lagi, hari yang ustaz batalkan kelas, dan dia suruh gi tasmik kat dia.. kl ustaz kira semua tu, maknanya, dah 3 kali la tak datang kuliah.. aduih, camane tu??
KPPI- 2 kali jugak xdatang. Kira okey la tuh.

Nampaknya yang paling teruk- Sains Kehidupan dan Hafazan lah!
Ape la yang aku buat, sampai tak pergi kelas ni..?? Aduih, teruknya!
Ya Allah, ampunkanlah aku...

Hm, So, the last one is my preparation for Final Exam.

Untuk Final ni cuma ada 3 paper je.
Pertama, PIK.
Soalan dah ada, cuma aku hanya perlu hafal jawapan, dan bincang dengan kawan2, kenapa jawapannya ini, dan bukan itu?? dan baca 3 bab yang En Zarin mintak tekankan itu! Dan bincang jawapan yang mungkin bagi soalan subjektif itu!k(model sistem pendidikan yang bersesuaian, ancaman sekularisme, peranan guru untuk mempuk semangat kewarganegaraan di sekolah, n yang satu lagi yang enarik- Beza KBSR dengan KSSR... dan kalau nak stand by, blh gak baca sikit tentang PSK, skop/sukatan, pendekatan P&P,penilaian ). JUST A VERY SIMPLE THING! So, why dont i do the best for the rest of my life??

Kedua, Hafazan..
InsyaAllah, yang ni kena banyak beramal dan mengaji.
1) Panaskan balik surah-surah yang telah dihafal..
2) Tulis semula juzuk 30 semua sekali.. pastikan ejaan yang betul. Yeah, insyaAllah masih sempat untuk semua ni.. (Spot-An-Naba', Abasa, Al-Balad)
3) Dan yang juzuk 29 tu, biasa2 kan pasang al-Quran kat laptop.. sekurang2 nya, walaupun taks empat hafal, kita dah biasa dengar ayat2 dia.. jadi, dah boleh la kalau nak rottib kalimah tu...
Hm, tapi untuk syafawi macamana pulak??
Untuk syafawi..- try tanya kawan2 yang dah gi syafawi, tanya surah apa ustaz banyak tanya..he
Ya Allah... mintak2 la ustaz cuma tanya surah yang aku lancar.. Kau timbang2 kan lah ibadat dan gerak kerja yang aku lakukan sebelum ni.. (Malunye nak mengungkit2 dengan Allah.. sekadar mane je la amalan ku selama ini..)
Tu je kot.

dan ketiga KPPI.
Ini yang besar ni...
Nanti, bila dah dapat nota, baca la nota tu...
Rasenya yang exam ni kuar yang nota je kot..
oh, yang aras2 tu kena tengok sikit.. yang pembinaan item, jenis2 stem, stimulus, dan respon terhad, respon dsbnya tu perlu tgok jugak.ntah pape tu.hu

Hm, tapi insyaAllah.. semua ilmu yang aku belajar ni, kalau betul2 aku kuasai... mmg banyak la sangat paedahnya.. tak rugi menuntut ilmu Allah ini.. yang penting ikhlas..
macamna ikhlas tu??

Ikhlas tu, bila kita ihsan.  Ihsan tu, bila kita niat, kita study, kita discuss, kita bincang dengan kwn2 kita.. semuanya untuk membuktikan kehambaan diri kita kepada Allah..
Bila kita ambil buku, bila kita study, bila kita gi beli pen, bila kita pos slip ke rumah, bila kita jawab periksa, kita niat.. untuk memperhambakan diri kepada Allah..

Nak tak nak, kita hamba, dan Dia Allah adalah Tuan, maka kita kena turut perintah Dia.. Perintah Allah adalah suruh kita belajar. Perintah Allah adalah suruh kita keluar dari kejahilan kepada pengetahuan, kepada ilmu.. Nak tak nak, orang berilmu itu dikasihi di sisi Allah.. maka, hendaklah aku menuntut ilmu, tidak kiralah ilmu itu fardhu ain atau fardhu kifayah.. semua ilmu itu adalah, datangnya dari Allah..

Asalkan aku menggunakan ilmu itu untuk mengenali Allah, untuk merasakan semakin rapat kepada Allah, maka aku harus belajar betul2 dan menguasai ilmu itu, dan menggunakannya ke arah kebaikan.. insyaAllah.. Amin Ya Robbana..

Ya Allah, berkatilah dan rahmatilah daku dan ahli keluargaku, serta sanak saudaraku, dan rakan-rakanku, serta guru-guruku dalam perjuangan menuntut ilmuMu yang maha luas, dalam proses mengelurkan kami dari kejahilan diri kami sendiri.. Matikanlah kami dalam keimanan dan jadukanlah kami tergolong dalam kalangan orang yang berpengetahuan..... Amin

Wallahua'alam

Wassalam..

Ya Allah, aku nak dapat 4 Flat sem ni, kalau itu yang terbaik untukku!
Oh, aku tak buat lagi target asal, target paling teruk, & target yang praktikal utk subjek sem ni, ingatkan ye~!

Friday, March 5, 2010

CAHAYA















Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :



* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.


* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.


* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.






Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :


"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.


Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.


Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.

Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Thursday, January 21, 2010

PERSEDIAAN


Fasa pilihan raya kian bermula. Hari ini PMUKM telah dibubarkan, dan berdasarkan notis, Penamaan calon akan diadakan pada 25 Jan (Isnin ini), dan pembuangan undi pada 28 Jan (Khamis depan).


Wahai diri,
Sudah bersediakah kamu untuk mengundi??? Ya, kalau ikutkan fardi, memang kita sudah bersedia. Apa susah, pagi2, bawak kad matrik, pi daftar kat lobi kolej, dan pangkah nama2 MPP Mahasiswa. Settle!! Bukannye susah nak mengundi.


Tapi, yang susahnye, kena ajak orang lain untuk turun mengundi, dan ajak mereka supaya mengundi calon mahasiswa juge! Nak menyeru mereka mengundi calon2 yang akan mengamalkan Islam dalam pemerintahan mereka ni yang susah sikit!!


Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada calon2 Mahasiswa, dan penggerak2 Islam di bumi UKM ini.


Tanggung jawab kita besar sebenarnya. Jadi, kita kena pohon kekuatan dan pertolongan dari Allah..

Terbaca tazkirah di blog kak zan.. best rase

Saudaraku:
Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.

Walau apapen, saya tetap mendoakan agar Allah mengurniakan kemenangan kepada kita (jika itu adalah yang terbaik untuk kita), dan semoga saya dapat memenuhi pra-syarat kemenangan seperti yang dipaparkan dalam taujihat penggerak sebelum ini.

Bersama-sama sahabat yang lain, saya perlu selaraskan niat, kuatkan semangat, tangkaskan pergerakan, tingkatkan taqarrub dan bermunajat ketika orang lain sibuk dengan dengkuran...

Ya Allah, beri kekuatan....

Tuesday, October 27, 2009

6T BILE ADE MASE NAK BACE...

Cinta Sejati Seorang Ibu Terhadap Anak-Anaknya

Dia seorang wanita yang sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang sekitarnya. Maklumlah ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr: “Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada si Sakhr, malang.
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat.

Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.” Setelah Khansa masuk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakannya untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya telah diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian kesemua puteranya itu telah diserahkannya untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.

Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan mara ke medan perang:
“Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan suka rela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imaran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata: “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah, dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh-musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapatkan balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satupun bermula sampai dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah.

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikitpun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang di antara mereka bersyair: “Hai saudara-saudaraku!
Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat.
Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah.
Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.” Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair: “Demi Allah!
Kami tidak akan melanggar nasihat ibu tua kami
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati
Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh bersama-sama
Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya sambil bersyair:
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas dan tidak goncang.
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang
Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri
Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri
Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati.
Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.” Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair: “Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan
Dan bukan pula kerana Amru yang pujiannya sudah lama terkenal,
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku.” Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat ibondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana pihak Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera pejalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi lainnya. Mereka jadi mangsa gajah sendiri. Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka.

Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya merekapun lari lintang pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syhuhada itu terbujur empat orang adik beradik anak Khansa.

Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan: “Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengar mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!” Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat putera-puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.



Syahid Dalam Menjalankan Tugas Rasulullah SAW

Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar.

Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat. Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan.

Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagaimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”

Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”

Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud: “Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.
Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.
Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.” Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.

Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.” Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta. Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian.

Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu. Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja.

Dalam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam. Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga.
Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!
Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.” Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.

Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”

Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”

Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”

Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran itu.




Segelas Air Di Medan Perang

Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.

* * * * *

http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah026.html


--------------------------------------------------------------------------------

Dipetik Dari Buku: 2002 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.

--------------------------------------------------------------------------------

Friday, October 23, 2009

SAMPAIKAN JER LAH..

“Masa di sekolah, macam-macam orang buat kat engkau. Tapi kau buat bodoh je. Kau cakap, cakap, dan cakap. Sebenarnya, bila aku dah keluar sekolah, sambung kat U, dah kahwin, jadi laki orang, jadi bapak orang, barulah aku tersedar, nak jadi orang… haha!”

Setiap kali kita bercakap seruan dakwah, cakap itu sebenarnya sampai.

Biar pun ia disambut dengan ejekan dan caci makian, ia sudah pun tembus ke telinga, mata, otak dan hatinya.

Dia mungkin meremehkannya di depan dirimu.

Namun akan sampai harinya, mutiara pemberiannya dikutipnya sebagai bekal menuju perubahan.

www.saifulislam.com