Tuesday, March 31, 2009

What a Pity Apple Tree!!

It's Touching..
Assalamualaikum,

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, took a nap under the shadow...

He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by... the little boy had grown up and he no longer played around the tree everyday. One day, the boy came back to the tree and he looked sad. "Come and play with me," the tree asked the boy. "I am no longer a kid, I don't play around trees anymore." The boy replied, "I want toys. I need money to buy them." "Sorry, but I don't have money... but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money." The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.

One day, the boy returned and the tree was so excited. "Come and play with me" the tree said. "I don't have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?" "Sorry, but I don't have a house. But you can chop off my branches to build your house." So the boy cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the boy never came back since then.

The tree was again lonely and sad. One hot summer day, the boy returned and the tree was delighted. "Come and play with me!" the tree said. "I am sad and getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?" "Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy." So the boy cut the tree trunk to make a
boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the boy returned after he left for so many years. "Sorry, my boy. But I don't have anything for you anymore. No more apples for you... "the tree said. "I don't have teeth to bite" the boy replied. "No more trunk for you to climb on" "I am too old for that now" the boy said. "I really can't give you anything ... the only thing left is my dying roots" the tree said with tears. "I don't need much now, just a place to rest. I am tired after all years." The boy replied. "Good! Old tree roots is the best place to lean on and rest. Come, Come sit down with me and rest." The boy sat down and the tree was glad and smiled with tears.......

This is a story of everyone. The tree is our parents. When we were young, we loved to play with Mom and Dad... When we grown up, we left them... only came to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they could to make you happy. You may think the boy is cruel to the tree but that's how all of us are treating our parents.


P/S: For those who are leaving soon, reflect on this and make up for the time that you're gonna be gone by spending quality time with your parents.. for those who are away like me, call your parents more often!

Friday, March 27, 2009

Bukan sukarela, bukan paksa, bukan paksa rela

“Pekerjaan yang kita lakukan dalam jemaah Islam ini bukan sukarela tetapi ia adalah menjadi kewajipan dan amalan kita.Jangan biarkan sehari berlalu tanpa kita bekerja untuk kemenangan Islam.”
– Allahyarham Ustaz Fadzil Noor

Wednesday, March 25, 2009

Gimana sih nak nanam kaseh sayang kerna Allah??

Cara-cara untuk Memupuk Ukhuwah Fillah

1. Hendaklah seseorang memberitahu temannya bahawa dia kasih kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temannya."(HR Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Setiap hamba yg muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata "Engkau juga akan mendapat seumpamanya"(HR Muslim)


3. Hendaklah sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya.

"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun; sekalipun dgn berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"(Hr Muslim)

4. Bila berjumpa dengan temanmu maka segerelah bersalam dengannya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Setiap dua org Islam yangg berjumpa serta bersalaman pasti akan diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah.(HR Abu Daud)


5. Sesekali menziarahinya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."

6. Memberi hadiah

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akan berkasih sayang."(HR Thabrani)

7. Membantu sahabat²nya fiLLAH.

Nabi berpesan: "Org yg berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik drpd orang yang beriktikaf selama 2 bulan."(HR Hakim)


Rujukan: al-Ukhuwah Islamiah oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan.

BILA NAK BERDAKWAH??

Bila Nak Berdakwah?

Salam....sedikit pencerahan..peringatan & muhasabah buat diri ana dan insan2 yang membaca..:-) .Moga2 resolusi selepas tamrin adalah kita lebih tegar dan tak ragu2 untuk sebarkan kebenaran ye...+ semoga kita dapat melihat kebenaran yang sebenar sentiasa..insyaAllah

ZAMAN BELAJAR

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ


1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...
2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?
2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...
3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?
4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN


1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.
2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?
3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Padan muka aku!
3. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak.Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
4. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
5. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
6. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!!

p/s:-SO APA LAGI? JOM BERDAKWAH!! SEBARKAN KEBENARAN.

~RISALAH INI KITA TANGGUNG BERSAMA~

Friday, March 20, 2009

Perlu ke berada dalam satu Jemaah Islam??

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah..

"Islam Tidak Perlukan Kita, Tetapi Kita Yang Perlukan Islam."

Itu satu klausa yang saya tulis dalam buku catatan tazkirah semasa di SMAASZA dulu. Mase tu, pandai tulis sahaja, xfaham maksud sebenarnya dia. Alhamdulillah, siri demi siri kuliah dan program dihadiri, kini ku mengerti maksud ungkapan itu..

Jemaah tu dari segi bahasa asal dari ja-ma-a'a- jamaah, yang beerti satu kumpulan, satu kelompok, satu masyarakat. Dalam Bahasa Arab, kalau 1 dipanggil Mufrad. Kalau Dua Musanna. Kalau 3 atau lebih daripada 3 kita panggil Jama'. Jadi ijtihadnya di sini, dalam satu jemaah tu, sekurang-kurangnya kita berada bersama 3 orang ahli/kawan kita yang Islam.



Kenapa penting bersama kawan-kawan yang Islam??

Sungguh, Islam itu sejahtera, selamat.
Nak tak nak, naluri kita pastinya ingin berasa selamat dari sebarang ancaman, nak hidup bahagia, nak aman, nak sentosa.

Malangnya, kehidupan kita hari ini sudah kurang sentosanya. Lihat sahaja ke segenap bidang kehidupan kita. Akidah umat semakin luntur. Jika berjaya dikatakan berkat usahanya sendiri. Jika merana dipersalahkan takdir Ilahi. Bidang sosial pula, semua maklum setiap hari pelbagai kes disiarkan di tv dan surat khabar. Taip sahaja kata kunci pengguguran, buang bayi, penzinaan, budaya rokok, lepak, rempit, dll (terlalu banyak nak tulis) di enjin pencarian anda, dapat kita lihat keadaan masyarakat kita sebenarnya tak selamat. Ini belum diteliti bidang ekonomi, politik dll lagi. Dengan ekonominya yang dikuasai Yahudi Laknatullah, sehingga kita kadang terasa 'tak de benda yang boleh dibeli'(bagi yang memboikot barang Yahudi Laknatullah. Politiknya yang tidak stabil, pengaruh sekular dan korupsi...dll






Kita sebenarnya tidak berada dalam keadaan selamat lagi. Kita tidak berada dalam zon biah solehah lagi, seperti sekolah agama/maahad dll kita dulu. Kita sebenarnya perlu bersatu mewujudkan biah solehah dalam masyarakat kita ini. Kita sebenarnya yang memerlukan suasana Islam yang sedia Indah ini.

Tidak lain tidak bukan, kita perlu kembali kepada Islam. Masyarakat perlu memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan harian. Sedarilah bahawa hanya dengan Islam hidup kita akan sempurna dan bahagia. Sebab itu Allah dah mengakui keizzahan Islam sehingga hanya Islam agama yang diterima di sisi Allah, seperti FirmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah Islam..." (Ali-Imran)



Dan kerja-kerja untuk menyedarkan manusia supaya kembali kepada Islam bukanlah kerja yang mudah, yang boleh dipikul seorang diri. Ia amatlah berat dan memerlukan perancangan dan kefahaman yang syumul. Sebab itu, kita perlu berada dalam kelompok yang sanggup bekerjasama sebagai satu jemaah untuk menyedarkan semula umat Islam tentang perlunya kita kembali kepada ajaran Islam yang serba indah itu.

Sesungguhnya kerja berjemaah itu lebih berkat dan disukai oleh Allah berbanding kerja yang dibuat seorang diri.

Teringat satu petikan Buku Teks Bahasa Arab, masa Ustaz Mat Sidi mengajar Bhs Arab Tinggi di Thanawi 2 dulu.

"Najah Ul-Jama'ah Afdhola Min Najah Il-Fardi".
Maksudnya: Kejayaan berjemaah itu lebih baik daripada kejayaan seorang diri.

Ingat ayat ni sebab banyak kali ustaz ulang. (Us Mat Sidi memang suka ulang perkataan banyak2 kali =))* tips utk guru:pengulangan adalah satu teknik yang baik utk anak-anak murid mengingat. Dlm tilawah al-Quran dipanggil: at-Tikrar.

Jadi, saya amat suka dan menyeru sahabat2 dan kawan2 supaya berada dalam kelompok yang mengamalkan Islam, yang boleh sama-sama bergerak kerja dan hidup untuk amalkan Islam, merasai kenikmatan dan keindahan Islam yang sebenar-benarnya, kerana kita tidak mampu apabila bersendirian, seperti serigala yang hanya menerkam si kambing apabila is bersendirian. Dan perlu diingat dalam masa yang sama, kita menarik sahabat2, kawan2 yang lain untuk merasai kenikmatan itu. Ia pasti akan lagi indah jika kita merasai keindahan Islam itu secara berjemaah. Kerana kejayaan berjemaah itu lebih baik daripada kejayaan seorang diri.

'Alaikum Biljamaah'

*****

Mereka ahli Keluarga Kita

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Salam Ikhlas Penyeri Ukhuwwah.

Tadi ada menonton sedutan perhimpunan bantah PPSMI yang diadakan pada 6 Februari yang lalu, dekat blog Aida. Kalau nak tgok boleh dapatkan...

Link Sedutan Himpunan bantah PPSMI

Wanita Juga Dikasari FRU, Anak-anak Menjadi Mangsa, Rakyat Ditindas Polis..

Dah tengok? Em,apa korang kata??

Saturday, March 7, 2009

Blog wasilah perbaiki diri


Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah

Alangkah gembira sungguh dapat mewujudkan blog sendiri pada pagi ini. Harapan, moga dapat istiqamah meng'update' blog ni dari semasa ke semasa. At least, seminggu sekali..

Niat untuk mewujudkan blog sebenarnya sudah lama bertapak di hati, namun pagi ini baru benar-benar terlaksana,mungkin ada keberkatan yang tersendiri. Minta jauh andai blog ini mengundang murka Allah. Moga ia menjadi titik tolak untuk mengislah umat, dan islah diri sendiri juga.

Hadis Nabi SAW ada menyebut, yang bermaksud: "Perbaiki diri kamu, dan serulah yang lain".

Di samping kita menyebarkan dakwah kepada pelayar-pelayar blog, bolehlah memberi peringatan kepada diri kita sendiri. Kerna Allah sangat murka kepada orang yang berkata, tetapi tidak mengamalkan apa yang diperkatakan itu. Surah as-Saff ayat 3 ada menyebut tentang hal ini.

Namun, andai pun kita tidak melakukan kebaikan atau nasihat tersebut, janganlah pula kita menyembunyikan, dengan alasan 'aku pun tak buat,nak suruh orang lain buat'. Sebaliknya, kita menyampaikan kebenaran itu, dan dalam masa yang sama perbaiki diri dan berusaha melakukannya sedaya yang mampu.

Itulah dikatakan, 'Perbaiki diri dan serulah orang lain'



Sekian, utuk post yang pertama. Wallahua'alam. =)