Sunday, June 13, 2010

LAYAKKAH AKU BERGELAR PEJUANG??

Buat renungan diri ini dan bersama

katanya kau seorang pejuang

tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang

tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang

tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang

kau masih layan tv, movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang

cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang

kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1 juz sehari

katanya kau seorang pejuang

kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang

kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang

tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang

kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang

kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang

mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang

ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang

kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang

berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang

kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang

kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang

tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang

tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang

hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang

kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang

kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang

kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang

kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang

kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang pejuang

kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang

kau masih berpakaian tidak senonoh

katanya kau seorang pejuang

namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang

namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

katanya kau seorang pejuang

kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang

kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang

kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang

hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang pejuang

kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang

kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang

kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang

kau masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang....


~kini baru ku tahu, aku masih belum layak untuk bergelar pejuang.. bersama mengislah diri, membentuk peribadi.. wallahua'lam..


Moge sesi kepimpinan akan datang lebih cemerlang demi menjulang kalimah Allah.. takbir!

No comments: