Saturday, November 6, 2010

Kaedah Congak-Cari Muka Surat Setiap Juzuk Dalam Al-Quran

Setiap kali nak baca al-Quran, setiap kali tu lupa.., muka surat mana.. Sbb jenis xbawa al-Quran sendiri, jadi pakat ambil je al-Quran mane2 pun.. Jadi, teringat k.Shahidah A. Manaf pernah ajar cara cari juzuk dlm al-Quran.. Hm, ni caranya..ambil kat blog dia..

http://mujtahidah82.blogspot.com/2010/01/kaedah-congak-cari-muka-surat-setiap.html

Kaedah Congak-Cari Muka Surat Setiap Juzuk Dalam Al-Quran

Assalamualaikum semua...

Saya masih teringat ketika belajar di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin dulu, pernah pihak sekolah menghantar dua orang wakil untuk menyertai Kursus Intensif Tarannum. Alhamdulilah saya juga tersenarai walaupun taklah pandai sangat tarannum ni. Cuma minat sangat.

Ada seorang ustaz tenaga pengajar ketika kursus tersebut yang mengajar bagaimana nak cari muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran secara congak. Tapi dengan syarat. Kami pun bertanya apa syaratnya? "Kalau kamu tak ajar orang lain, kamu tak akan ingat kaedah ini sampai bila-bila" jawab ustaz (saya lupa nama beliau).

Oleh itu, saya pun nak ajar lah sahabat-sahabat di luar...Alhamdulillah walaupun hampir 15 tahun, saya masih ingat kaedah tersebut. Mudah-mudahan menyenangkan kita untuk lebih mengakrabi dengan Al-Quran itu sendiri. Ok.

Contohnya nak cari juzuk 6:

step pertama- 6-1=5

step kedua- 5 x 2=10

step ketiga - tambah no 2 dibelakangnya,

jadilah muka surat 102

*********************************

Contoh lain nak cari juzuk 21

Step pertama- 21-1=20

Step kedua- 20 x 2=40

Step ketiga- tambah no 2 dibelakangnya

Jadilah juzuk 21 muka surat 402

Ok..Mudah kan. Tapi untuk Al-Quran Rasam Uthmani je..

2 comments:

aya sofya said...

salam kak, mitak share post terbaru kak ea =)

aya sofya said...

tq kak