Showing posts with label P n P. Show all posts
Showing posts with label P n P. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Convert PDF to Microsoft Word

Alhamdulillah...
Seronok rasanya dapat on balik blog kesayangan saya nim...

kesahnya, yang membolehkan on balik ni..setelah reset password akaun dengan password yang baru.. Alhamdulillah3x. terima kasih wireless Pusat Sumber Wifi3 SMK Pusa yang xla berapa laju sangat, tapi dapat la nak uruskan hal2 converting kertas soalan exam Tasawwur f5 nie.he Alhamdulillah.

jadi, kalau nak convert dari pdf ke microsoft word memang mudah sekarang.

1) masuk ke 'https://www.pdftoword.com/'


2) attach kan file yang nak diconvert
3) isikan emel kita yang betul
4) klik Convert It

nanti file itu akan masuk ke emel kita.. so,

5) check/sign in emel kita
6) download converted emel kita
7) then, cek la kat folder download kat pc kiter..

InsyaAllah! Ready to be Edited... mmm Alhamdulillah!!
Credit to: Kak Jaa yang mencadangkan saya buka internet tuk buat benda ni.

Sunday, January 10, 2010

Khalifah Method School

Apakah dia??
Di mana & bagaimana ia dilaksanakan?
Bagaimanakah ia mengawal pelajar?
Nak jumpe je cikgu2 dia...
Ada UPSR jugak tak??

Monday, June 29, 2009

Solat Jumaat

Assalamualaikum wbt..
Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga sekalian,

Kadang-kadang kita berasa letih pada hari Jumaat. Maklumlah, hari Jumaat adalah hari terakhir dalam minggu persekolahan..Kadang-kadang terkena pula hari Jumaat itu, banyak pula aktiviti pembelajaran di dalam kelas, kan?
Haa, bagi Kaum Adam pula, ada segelintir daripada mereka yang terasa malas untuk mendirikan Solat Jumaat. Pernahkah adik-adik pelajar Tingkatan Tiga marasai sedemikian rupa? Kalau ada, cepat-cepatlah beristighfar...

InsyaAllah di sini ustazah sebutkan 7 kepentingan Solat Jumaat dalam Pembangunan Umat. Ada 7 si disini. Sama dengan warna pelangi, ada 7. sama dengan lapisan langit, dan sama dengan lapisan syurga dan neraka. Dan sama dengan bilangan hari dalam seminggu, ada Tujuh. okey, Jom kita tengok..

1) Solat Jumaat mendidik umat supaya mencintai masjid dan mendekatinya selalu.
Sebab apa? sebab solat jumaat kan dilakukan di masjid.. Jadi setiap hari Jumaat umat Islam akan rasa rindu nak pergi masjid dan beribadah di dalamnya. Masjid kan rumah Allah..=)

2) Solat Jumaat dapat membanteras gejala sosial dalam masyarakat.
Iyala, ada juga remaja yang tidak pergi solat Jumaat tu, diorang duk berkumpul dan melepak pada waktu petang, atau berlumba motor dan menjadi samseng jalanan. Jadi apabila mereka menunaikan solat jumaat, dapatlah mengelakkan gejala sosial ini..

3) Solat Jumaat dapat membentuk umat berakhlak mulia dan berdisiplin
Apabila masuk waktu solat mereka akan segera menunaikan solat dan ke masjid yang berdekatan. Pelajar yang berada di sekolah pun akan menjadi lebih bersidiplin dan menepati waktu..

4) Para Jemaah mendapat teguran dan nasihat
Ini berlaku apabila mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib selepas solat Jumaat..iye

5) Saluran informasi terkini
Ini juga disampaikan oleh khatib. Di samping itu, umat islam akan berbincang isu semasa apabila berjumpa selepas solat Jumaat.

6) Mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.
Yang ni macamana pula? Ya, selepas solat Jumaat, mereka akan bersalaman dan bertanya khabar. jadi, silaturahim antara umat Islam akan semakin kuat.

7)Mempertingkat kebersihan dan gaya hidup sihat
Setiap hari Jumaat, kaum lelaki digalakkan mandi sunat dan memakai wangi-wangian sebelum ke masjid. mereka juga kelihatan segak berbaju Melayu dan menutup aurat..=)

Alhamdulillah, adik-adik pelajar telah jelas tentang kepentingan Solat Jumaat dalam membangunkan umat Islam, kan?

Kalau begitu baguslah.

selamat menunaikan solat Jumaat!!