Wednesday, October 21, 2009

TERHUKUM OLEH KETAMAKAN SENDIRI



Di ambang penghujung Syawal, banyak institusi dan individu yang menganjurkan 'Rumah Terbuka' or 'Open House'.. Seringkali pengunjung2 yang sedang menahan lapar akan mengambil makanan berlebihan. 'Konon kebulur sangat..'. Malangnya, setelah beberapa puluh suap, esofagus sudah tidak dapat menelan makanan lagi, sedang makanan yang diambil tadi tu banyak.

----------------------------------* * * ------------------------------------
TERHUKUM OLEH KETAMAKAN SENDIRI

Seorang menteri yang tamak dan kaki rasuah selalu sahaja ,menyusahkan urusan pemerintahan sultan yang adil. Namun, untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat di kalangan menteri dan tentera.

Sultan yang adil tersebut telah didesak oleh beberapa menteri yang lain untuk mengambil tindakan ke atas menteri itu, tetapi baginda tetap bersabar sehinggalah pada suatu hari baginda bertitah kepada menteri yang tamak tersebut,

"Hari ini kamu akan mendapat kurniaan besar daripada beta."
"Kurniaan apa tuanku, patik sedia menerimanya", sahut menteri yang tamak itu dengan gembira.
"Beta ingin mengurniakan kamu tanah", titah sultan.
"Terima kasih tuanku. Tapi boleh hamba tahu seluas mana, tuanku?"
"Begini, selepas Subuh, kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana yang kamu terdaya. dan pulanglah semula sebelum waktu Zohor"
Lalu dia bertanya, maksud tuanku apa?"
"Sejauhmana yang kamu terdaya, dan pulanglah semula sebelum waktu Zohor."
"Maksud tuanku?"
"Sejaumana kamu mampu berjalan dan pulang semula ke istana maka seluas itulah tanah yang akan dikurniakan kepada kamu". Betapa gembiranya menteri yang tamak itu.

Namun, para pegawai yang lain mencebik. Kenapa Tuanku masih bermurah hati kepadanya?", getus menteri2 yang lain, kurang berpuas hati.
Esok pagi selepas Subuh, dia pun memulakan perjalanannya ke satu arah. Jauh dan semakin jauh.
Hampir waktu Zohor, para menteri, pegawai istana dan Sultan pun menunggu ketibaan menteri yang tamak itu untuk mengetahui seluas mana tanah yang dianugerahkan. Namun, si menteri tidak juga kunjung tiba. Masuk Solat Zohor , dan selepas mereka solat berjemaah, menteri yang ditunggu tidak juga tiba.
Tiba-tiba seorang pengawal datang memebawa berita, "Tuanku, menteri telah jatuuh pengsan di dalam perjalanannya..."
"Perjalanannya pulang atau menjauh dari sini?" tanya Sultan.
"Dalam perjalanannya menjauh dari sini," jawab pengawal.
Ha...! Serentak bunyi suara kehairanan bergema di seluruh istana. Jelasnya sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh dan semakin jauh, tanpa trefikir untuk pulang, hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan!
Baginda sultan tersenyum. Dia telah pun berjaya menghukum menteri yang tamak itu.

Moral of the story: Orang yang tamak tidak akan cukup dengan yang sedikit dan tidak akan puas dengan yang banyak. Tidak menunggu orang lain untuk 'menghukum' orang yang tamak sebaliknya sifat tamak itu sendiri akan menghukum dirinya... Moga kita jauh dari sifat tamak..



"Di sebalik kemewahan kita membazirkan makanan, di sana mereka berhempas pulas untuk mendapatkan sesuap nasi"

1 comment:

Idah said...

Innal Bakhiila Lafi Khusr