Saturday, January 2, 2010

KALIMAH ALLAH//>Perlu Respon

Tak boleh ke orang Kristian sebut 'Allah', dlm isu mahkamah tu?

Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng


Harakahdaily.net


KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.



Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.





KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.


Ape maksudnyer ye?


5 comments:

Khairunnisa Alias said...

Alhamdulillah, persoalan yang muncul dijawab oleh Allah melalui pengisian di An-Nur tadi.

Jadi, menurut Sheikh Nurudddin, katanya selain al-Quran al-Karim, Allah telah menurunkan Kitab Injil, Musa dan Zabur. Di dalam kitab tersebut, perkataan 'Allah' telah digunakan yang merujuk kepada Tuhan, oleh yahudi atau Nasrani.. Oleh itu, tidak ada masalah jika orang bukan Islam ingin menyebut perkataan Allah itu, dan tidak timbul isu perkataan 'Allah' itu eksklusif untuk orang Islam sahaja.

Khairunnisa Alias said...

Namun, kita juga bimbang takut kalau2 golongan bukan Islam ini akan menggunakan perkataan Allah, dalam erti kata yang menghina dan mengejek Tuhan Rabbul Alamiin. Jika itu benar berlaku, maka keadaan itu sangat menyentuh sentiviti umat Islam. Dan kita tidak boleh membiarkan Tuhan kita dihina dan diburuk-burukkan oleh agama lain, hatta orang yang beragama Islam lagi.

Khairunnisa Alias said...

Dan hasil perbincangan kami di dalam kereta juga menyatakan kebimbingan jika golongan Kristian akan menyalahgunakan kalimah 'Allah' dalam risalah-risalah dakyahnya, yang mana akan menimbulkan kekeliruan di kalnagn masyarakat yang tidak belajar@pedalaman(di kampung2).

mereka mungkin akan mengeluarkan risalah Kristian, dengan menyebut nama 'Allah' di dalamnya. Apa yang membimbangkan adalah, anak2 remaja akan mudah terpengaruh, dan menganggap bahawa ajaran mereka itu benar, walhal ajaran Kristian itu sudah jauh terpesong dari akidah yang sebenar...

jadi bahaya jugak kl mrk sewenang2nya menyalahgunakan kelonggaran itu...

Hm cmane ek.

Khairunnisa Alias said...

dlm perbincangan kami juga menyebut.. selama ini orang bukan islam (terutama klantan dan trg mungkin).. mereka sudah terbiasa menggunakan bbrapa kalimah Islam..sebagai 'latah' yang terkeluar secara tidak sengaja. KK pernah bincang hal ni dengan ma. Cthnya, ada kawan aboh tu.. Kl dia terkejut..., 'La ilaha illallah.., sinni rupenye motor aku!!'.. dll..

tapi, ucapan ini mungkin tak dikira sebagai syahadah, krn dinyatakan oleh mrk, tanpa iktikad dengan hati, sedangkan iman itu tasdiq biqalbi..

Jd, bagaimana pula, kl pelajar2 di sekolah cuma menghafal kalimah itu, tanpa penilaian untuk memahami dan menghayati kunci syurga tersebut..

Hm, sbb itulah lahirnya masyarakat hari ini.. Iman fil fammi.

Nauzubillah.. Wallahua'alam.

Khairunnisa Alias said...

Dalam kitab2 sblm ni pn, mrk sebut Allah jugak, tp telah ditukar ke Bahasa Ibrani