Allah meletakkan 5 perkara dalam 5 tempat
Allah meletakkan lima perkara dalam lima tempat"
1) Kemuliaan dalam ketaatan
2) Kehinaan dalam kemaksiatan
3) Kehebatan dalam qiamullail
4) Sifat himah dalam berlapar
5) Kekenyangan dalam sifat qanaah.
Saturday, January 30, 2010
Friday, January 22, 2010
KOLEKSI 2
27/11/2009 jumaat hari raya aidiladha, 18/12/2009 jumaat tahun baru hijrah, 25/12/2009 jumaat sambutan krismas, 1/1/2010 jumaat tahun baru masihi, 1/1/2010 gerhana bulan, 15/1/2010 jumaat gerhana matahari, 26/2/2010 jumaat sambutan maulud nabi S.A.W, 2/4/2010 jumaat matinya yesus kristus, 28/6/2010 jumaat hari wesak, 10/9/2010 jumaat hari raya aidilfitri, 5/11/2010 sambutan deepavali...kepada semua kenalanku, sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi Muhammad S.A.W bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari jumaat.....sama-samalah kita berdoa, beristighfar memohon keampunan dan keredhaan daripada Allah SWT....renungan bersama~
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya,
Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”
Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
****
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya,
Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”
Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Thursday, January 21, 2010
PERSEDIAAN
Fasa pilihan raya kian bermula. Hari ini PMUKM telah dibubarkan, dan berdasarkan notis, Penamaan calon akan diadakan pada 25 Jan (Isnin ini), dan pembuangan undi pada 28 Jan (Khamis depan).
Wahai diri,
Tapi, yang susahnye, kena ajak orang lain untuk turun mengundi, dan ajak mereka supaya mengundi calon mahasiswa juge! Nak menyeru mereka mengundi calon2 yang akan mengamalkan Islam dalam pemerintahan mereka ni yang susah sikit!!
Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada calon2 Mahasiswa, dan penggerak2 Islam di bumi UKM ini.
Tanggung jawab kita besar sebenarnya. Jadi, kita kena pohon kekuatan dan pertolongan dari Allah..
Terbaca tazkirah di blog kak zan.. best rase
Saudaraku:
Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.
Walau apapen, saya tetap mendoakan agar Allah mengurniakan kemenangan kepada kita (jika itu adalah yang terbaik untuk kita), dan semoga saya dapat memenuhi pra-syarat kemenangan seperti yang dipaparkan dalam taujihat penggerak sebelum ini.
Wahai diri,
Sudah bersediakah kamu untuk mengundi??? Ya, kalau ikutkan fardi, memang kita sudah bersedia. Apa susah, pagi2, bawak kad matrik, pi daftar kat lobi kolej, dan pangkah nama2 MPP Mahasiswa. Settle!! Bukannye susah nak mengundi.
Tapi, yang susahnye, kena ajak orang lain untuk turun mengundi, dan ajak mereka supaya mengundi calon mahasiswa juge! Nak menyeru mereka mengundi calon2 yang akan mengamalkan Islam dalam pemerintahan mereka ni yang susah sikit!!
Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada calon2 Mahasiswa, dan penggerak2 Islam di bumi UKM ini.
Tanggung jawab kita besar sebenarnya. Jadi, kita kena pohon kekuatan dan pertolongan dari Allah..
Terbaca tazkirah di blog kak zan.. best rase
Saudaraku:
Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.
Walau apapen, saya tetap mendoakan agar Allah mengurniakan kemenangan kepada kita (jika itu adalah yang terbaik untuk kita), dan semoga saya dapat memenuhi pra-syarat kemenangan seperti yang dipaparkan dalam taujihat penggerak sebelum ini.Bersama-sama sahabat yang lain, saya perlu selaraskan niat, kuatkan semangat, tangkaskan pergerakan, tingkatkan taqarrub dan bermunajat ketika orang lain sibuk dengan dengkuran...
Ya Allah, beri kekuatan....
Saturday, January 16, 2010
Macamane nak Change Case dalam Micr Word 2007
Sebelum ni guna word 2003, jadi bila dah install micr 2007, banyak benda yang kena explore balik..
Sampaikan perkara yang mudah pun jadi tak tahu.
Antaranya, tentang cara nak tukar tulisan dari huruf kecil kepada huruf besar semua.. atau dalam bahasa komputernya, 'Change Case'-(UPPER CASE, Sentence Case dll)
Hingga hampir kesemua kawan yang ada di sekeliling tidak dapat menjawab persoalan itu..
tapi alhamdulillah, kini penyelesaiannya di sini,
padahal mudah la sangat3.
Cuma highlight ayat yang hendak ditukar tu,
Then klik kanan pada ikon ni..(yang ada sebaris dengan ikon B, I, U,abc, x2, x3)
Sampaikan perkara yang mudah pun jadi tak tahu.
Antaranya, tentang cara nak tukar tulisan dari huruf kecil kepada huruf besar semua.. atau dalam bahasa komputernya, 'Change Case'-(UPPER CASE, Sentence Case dll)
Hingga hampir kesemua kawan yang ada di sekeliling tidak dapat menjawab persoalan itu..
tapi alhamdulillah, kini penyelesaiannya di sini,
padahal mudah la sangat3.
Cuma highlight ayat yang hendak ditukar tu,
Then klik kanan pada ikon ni..(yang ada sebaris dengan ikon B, I, U,
Tu je.. Alhamdulillah. Mg dipermudahkan urusan. manfaatkan teknologi yang ada.
Jadi tak perlu susah2 taip semula ayat tu.
Sunday, January 10, 2010
Khalifah Method School
Apakah dia??
Di mana & bagaimana ia dilaksanakan?
Bagaimanakah ia mengawal pelajar?
Nak jumpe je cikgu2 dia...
Ada UPSR jugak tak??
Di mana & bagaimana ia dilaksanakan?
Bagaimanakah ia mengawal pelajar?
Nak jumpe je cikgu2 dia...
Ada UPSR jugak tak??
Thursday, January 7, 2010
Kisah Penjual Tempe
Kisah Penjual Tempe
Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringatakan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu.
Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihatisinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buatkali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudahpun dimakbulkan oleh Tuhan...
KONKLUSINYA.... :)
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan..
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan.. (",) ....
"JOM KITA RENUNG DAN FIKIR DI SEBALIK CERITA DI ATAS"
Bersumber email sahabat nun jauh disana....
Sunday, January 3, 2010
Memberi Menambah Kelebihan Diri
From: www.saifulislam.com
source: www.earthmothercrafts.com
“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.
Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.
Pergi bercuti sepuas hati.
Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.
“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.
“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.
“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.
Si tukang kayu serba salah.
Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.
Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.
Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.
Terpaksa.
Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.
Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.
Malang sekali.
Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.
“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.
Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.
“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.
“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.
“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.
“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.
Menggeletar tangan si tukang kayu.
Hatinya ditaufan rasa sesal.
“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!
“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.
Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”
Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.
Hakikatnya kehidupan tidak begitu.
Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.
Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.
Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]
Subscribe to:
Posts (Atom)




